Post Info TOPIC: DUNIA OH DUNIA.....
alya

Date:
DUNIA OH DUNIA.....
Permalink   


**********************************************************************
48 mangsa pengganas Kristian dihantar pulang


KAMPALA: Empat puluh lapan kanak-kanak yang diculik oleh pengganas Kristian Tentera Tuhan (LRA) dari utara Uganda kelmarin diterbangkan pulang dari selatan Sudan, menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu (Unicef).

“Empat puluh lapan daripada mereka diterbangkan ke Gulu dari Juba kelmarin dengan penerbangan yang disusun dan disediakan oleh Pertubuhan Penghijrah Antarabangsa (IMO),” Chulho Hyun dari Unicef memberitahu AFP menerusi telefon dari Kampala.

Hyun berkata kumpulan itu adalah termasuk kanak-kanak dan orang dewasa yang pemindahan mereka dibiayai IMO serta beberapa agensi lain, termasuk kerajaan Uganda.

Masih belum jelas sama ada kanak-kanak terbabit menyelamatkan diri dari pemberontak atau diselamatkan oleh tentera.

“Kami mahu kanak-kanak terbabit dibawa ke pusat yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan, di mana mereka akan mendapat rawatan perubatan serta jaminan hak sebelum bertemu keluarga mereka,” kata Hyun.

LRA, yang diketuai oleh bekas paderi Roman Katolik Joseph Kony, menculik berpuluh ribu kanak-kanak sejak ia berperang dengan rejim Presiden Uganda Yoweri Museveni pada 1988.

Kanak-kanak lelaki dipaksa menyertai askar mereka, manakala kanak-kanak perempuan dijadikan hamba seks komander pemberontak.

Kumpulan pemberontak yang kejam terhadap orang awam itu juga memaksa 1.6 juta penduduk keluar dari kem di wilayah berkenaan. – AFP

 
****************************************************************************
 
 
 
 
Artikel di atas itu saya ambil dari Berita Harian- Keluaran 29/08/2004 (Ahad).
So, bagaimana?....katakan apa saja tentang hal ini ....
 
 

__________________
ReNo

Date:
Permalink   

Shallom...


i was looking for somebody to reply yr quote ere but then...nobody come out and say something..mangkali topik kamu ni terlalu umum untuk diperbincangkan.hahaha..anywhere i got few comments ere..mau share pendapat dan pandangan jalah...


Pertama sekali adalah sumber kamu dapatkan maklumat2 tadi. saya sangat berasa sangsi dengan kebenaran laporan media massa di negara2 bukan kristen yang sememangnya ada sikap 'anti' kristen. Kebenaran ini mungkin boleh disangkal dengan mulut tetapi sama ada kita sedar atau tidak, inilah yang sebenarnya berlaku sekarang ini. Kita semua ada pengalaman tentang hal ini...di sekolah? di pejabat2 kerajaan? semasa memohon pinjaman? banyak lagi...bukan niat saya kita jadi anti negara sendiri tetapi berbalik kepada perkara pokok tadi...sejauh mana ketelusan laporan media massa di negara bukan kristen ini melaporkan, perkara yang berkaitan dengan ancaman terhadap agamanya. Perlukah bersikap telus?


Adakah pernah kita terbaca tentang kekejaman sesama manusia yang terkutuk melibatkan orang-orang bukan kristen sendiri padahal peristiwa ini berlaku saban hari? di Acheh? orang bukan kristen membunuh manusia lain sedangkan mereka juga beragama sama...Di Iraq?kaum syiah berperang dengan kaum lain sedangkan agamanya sama. banyak lagi kisah yang perlu ditapis supaya perkara ini tidak ketahuan dikalangan orang2 bukan kristen di negara ini. mungkin tujuannya baik, supaya perkara yang sama tidak berlaku di negara kita. tapi media massa (atau mungkin polisi kerajaan?) mengalihkan perhatian kepada perkara lain...


senang cakap la...baca, jangan tidak baca tapi..jangan percaya semua perkara yang tertulis di atas kertas yang di panggil surat khabar tu 100%!!!


...dan jangan pula kita memandang serong terhadap kerajaan kita kerana polisi media ini. kita harus terima dan paham akan perkara ini. ini tujuan asalnya adalah untuk kebaikan orang2 yang bukan kristen dan kita sebagai minoriti perlu paham akan soal ini. namun perlu juga kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita masih bebas beragama dan tiada penghapusan etnik berlaku sebagaimana di tempat lain.


last but not least...bersamalah kita saling mendoakan keamanan dunia ini. Percayalah, yang jahat tetap akan ada tetapi, yang baik tetap akan ada juga. hehehe...Jadilah Garam dan Terang Dunia??? 


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard