Post Info TOPIC: guitaris
vallen

Date:
guitaris
Permalink   


hi semua...dah lama tak masuk kat ruamgan ni....ada tak seiapa yang leh berkongsi tentang guitaris or pemuzik yang main kat gereja and bermain untuk function duniawi...saya memang terlibat dalam arena muzik ini..dalam gereja juga dalam dunia sakular...ada komen..silakan...

__________________
alya

Date:
Permalink   

 


           Hi vellen, thanks for the topic...very interesting...for me, there's nothing wrong with that...YANG PENTING kita sendiri tahu apa motif kita untuk terlibat dgn industri muzic tersebut (duniawi/rohani) dan kita tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri dan kedudukan kita sbg Kristen dalam bidang tersebut. Kata org, dalam keadaan tertentu, kita perlu 'menyamar', maksudnya, jika kita adalah seorang kristen dan kita terlibat dgn muzik duniawi, kita perlu menafikan agama sebenar kita bagi memudahkan diri diterima oleh orang lain yg bukan Kristen. Namun, sebenarnya, kita tdk perlu menyembunyi identiti kita sbg kristen hanya semata-mata untuk mengelakkan risiko yg negatif di kalangan masyarakat lain, khasnya di kalangan org bukan kristen....bila org bertanya, agama apa...tidak perlu menafikannya (berterus terang sahaja bahawa kita adalah kristen),. Apa yg penting lagi di sini ialah, sejauhmana kita boleh membawa diri dalam rupa kristen (yang kenal dan percaya Tuhan Yesus) di kalangan masyarakat. Tidak perlu berpura-pura sebab, tanpa kita sedar, kita dipakai Tuhan dalam 'sesuatu perkara' yg mungkin kita tidak jangka.....


            Saya percaya, sbg org kristen , kita tahu apa yg baik dan tidak baik, apa yg dikatakan dosa dan bukan dosa...kan? so, di manapun kita berada, tunjukkan 'imej' Kristus yg boleh memberkati orang lain....Muzik tidak terhad kepada satu2 jenis bukan? so, di mana kemahiran dan kebolehan kita, gunakan sebaik-bainya...JANGAN SESEKALI DISALAHGUNAKAN. Tuhan sudah memberi anda (dan yg lain) talenta dalam bermain muzik, so, jangan jangan dipersia-siakan. Jadikan itu berkat kepada semua org.....


            Saya teringat hal ini iaitu ada sesetengah gereja yg menghadkan kedudukan seseorang itu hanya dalam lingkungan kerohanian. Maksud saya, jika org itu adalah seorang pemain muzik dalam gereja tersebut, maka org itu tidak boleh menyertai mana2 arena muzik duniawi. Sebenarnya, maksud pihak gereja itu baik, iaitu tentunya tidak ingin agar anak2 yg dipakai Tuhan untuk melayani dalam gereja menyimpang daripada Tuhan, seperti rosak akhlak akibat terpengaruh dgn cara hidup duniawi yg tidak baik, menimbulkan prasangka negatif di kalangan orang lain sehingga mencemar nama Tuhan dan gereja itu sendiri dan banyak lagi faktor..Dalam hal ini, kita tdk boleh salahkan pihak gereja, sebab jika kita berada di tempat mereka dan dalam lingkungan usia dan kedudukan mereka, tidak mustahil kita juga boleh berfikiran demikian....segala-galanya tiada yg mustahil....Tapi, di sini...jika ingin menjadi berkat kepada org lain malahan kepada dunia, peranan dan cara kita adalah terlalu luas walaupun mungkin terbatas. Kita boleh menjadi sesiapa sahaja,...CUMA....JANGAN SESEKALI LUPA DAN LALAI, SIAPA KITA YG SEBENARNYA dan UNTUK APA  KITA BERADA DALAM SESUATU TEMPAT/KEADAAN.


             Semuanya di tangan kita, bagi saya, jika seorang pemain muzik gereja itu ingin terlibat dalam industri muzik duniawi, teruskan.....itu bukan dosa dan tidak ada salahnya...yg menjadi KESALAHANnya, ialah apabila kita menyalahgunakan talenta dan berkat Tuhan itu hanya untuk keseronokan dan kepuasan diri semata-mata, sehingga mencemar kemuliaan Tuhan.....Buktikan pada pihak gereja atau org2 kristen yg lain, bahawa anak Tuhan boleh menjadi TERANG dan GARAM tidak kira di mana sahaja.....


             Begitupun, penting sekali untuk sentiasa bersandar pada IMAN dan TAKUT akan TUHAN dalam segala apa pun yang kita buat. Dan sebelum mengambil apa2 keputusan samaada meneruskan niat untuk bermain muzik duniawi disamping melayani dalam gereja atau sebaliknya....berdoa dulu, dengar suara TUHAN dan buatlah seperti apa yg Tuhan kehendaki.....


Dalam mengambil apa2 keputusan, terlalu ramai sekali anak Tuhan yg berkata begini :...."saya sudah berdoa...dan mendengar suara Tuhan...Tuhan katakan begini", " pergi saja, Aku merestuimu dan lakukanlah"....Tapi, sedar tidak, kalau saja suara itu mungkin bukan dari TUHAN?....Mungkin saja suara itu dari 'roh kuda' (hehehe) tapi, gara-gara mahukan sesuatu yg baru dan lebih seronok dan memuaskan diri kita, walhal kita sedar bahawa keputusan yg bakal kita ambil itu adalah tidak baik dan tidak menyenangkan Tuhan, kita masih mahu meneruskannya lalu bagi memudahkan keadaan dan melegakan hati kita sendiri, maka kita katakan bahawa suara itu adalah dari TUHAN....                  


              Satu rahsia untuk mengenal suara Tuhan :......DAMAI SEJAHTERA....anda faham maksud saya?...sebelum mengambil sebarang keputusan dan tindakan, dan bila kita bertanya Tuhan akan hal tersebut, bila Tuhan katakan 'iya', maka kita akan berasa DAMAI SEJAHTERA ketika melakukannya, tidak ada rasa bersalah dan bimbang (dimarahi oleh Tuhan)..Hasilnya, bukan hanya diri kita sendiri yang diberkati bahkan berkat itu seterusnya mengalir dalam hati dan hidup orang lain yg bergaul dgn kita....Di sini, kita akan temukan kepuasan yg sungguh luarbiasa...


Orang2 ini mesti mendapatkan sokongan doa yg berterusan (dan syafaat) dari pihak gereja, keluarga, individu atau sesiapa sahaja org2 kristen yg lain....


God bless u Vellen (& all)...teruskan pelayanan untuk Tuhan....



__________________
Melody

Date:
Permalink   

Hai both of you....


I'm not really active in this forum but kadang2 tu join, baca dan aplikasikan apa yang boleh dijadikan teladan dan nasihat...


Alya, i really love your spirit....


"Mendengar suara Tuhan"??? saya sangat tersentuh dengan perkataan ini...sahabat kekasih, memang benar kita harus tahu apa yang sungguh Tuhan mau bicarakan buat kita..


Bagi peminat muzik....saya percaya pasti anda tahu bagaimana mau membedakan yang baik dan buruk....


APAPUN TUHAN SAYANG BAKAT ANDA!


Alya...teruskan perjuangan....ya teruskan....!!!



__________________
alya

Date:
Permalink   



Hi all & Melody....Wow, 'Melody'??? such a wonderful nickname...Hang pun minat muzik ka?. sampaikan nickname pun 'Melody', napa tdk guna nickname 'Gong'???? HAHAHAHA......Ba, siou lah Melody aah? saja mau joke.
Apa pun mesti ko ni minat ngan muzik, kan? waaah, best lah korang ni, saya ni kalau setakat tepuk-tepuk tangan & men'SUMBANG'kan lagu tu boleh la...hehehe...
Anyway, Thank you melody atas respond kamu tu....God bless u...i believe, ko punya certain 'gift' yg luarbiasa dan boleh memberkati org lain...Teruskan...dan jangan ketepikan suara Tuhan ya?...

__________________
vallen

Date:
Permalink   

thanks atas perkongsian semua..mungkin banyak dikalangan pemimipin jemaat yang tak mahu melihat anggota jemaat khususnya generasi anak muda untuk tampil menonjol dalam arena hiburan..saya pena hampir putus asa bila mendengar kata kata yang pasti pahit buat saya selama penglibatan dalam dunia muzik ini...jujur diakui, saya tidak menganggap kekeristenan tu adalah yang paling utama dalam jalan hidup..bagi saya kasih adalah terutama..dengan visi ini lah saya tubuhkan band "CHRONICLES" setelah 2 tahun bersama band ini..saya banyak bercampur dengan pelbagai jenis manusia..namun tak sedikit dihatipun nak bandingkan kehidupan meraka dengan diri sendiri...malah dalam penerbitan album chronicles yang pertama "BISIKAN KEPULANGAN" yang memuatkan 8 lagu ( lirik dari kisah cerita dalam bible). saya ada mengajak beberapa teman muslim untuk turut bermain dalam album ini..pasti saja diorang semua tau mofif album ini..tapi kerana kasih sesama sahabat...kami tak pernah melihat agama sebagai jurang persahabatan dalam band ini...saya pena bertanya sendiri...Tuhan Yesus tidak pernah lihat agama sebagai perbezaan manusiawi..tetapi agama hanya sebagai petunjuk jalan kihidupan yang lebih bererti....

__________________
gidong

Date:
Permalink   

hi Vallen,


Usaha anda murni ... teruskan saja ... menjadi "garam" bagi dunia tdk semesti dlm lingkungan org yg telah mengenali YeSus secara pribadi ... dlm musik anda itu anda boleh "pancarkan" kasih terhadap teman2 anda... teruskan ... apa jua yg anda lakukan .. SERAHKAN pad DIA ....



__________________
alya

Date:
Permalink   

 


Hi, everybody...& especially 4 Vellen...


       Hmmmm...1st of all, syabas vellen...walaupun cerita anda hanya ringkas tapi, saya boleh melihat/merasakan apa yg ada dalam hati anda....Anda juga sama seperti yg lain, berasa diri seolah-olah tidak dihargai oleh sesetengah org termasuk kalangan org Kristen. Anda juga pernah bahkan mungkin seringkali berasa DITOLAK (oleh org Kristen khasnya) hanya kerana siapa dan apa yg anda lakukan (berkecimpung dlm arena hiburan).


        Tapi  Vellen, satu hal di sini....bila saja anda menyedari yg anda punya bakat dan kebolehan dalam industri muzik, sebenarnya anda sudah boleh melihat di mana letaknya diri anda yg sebenar. Saya secara peribadi kagum dgn anda kerana dalam keadaan begitupun (spt apa yg anda luahkan), anda masih seorang yg menghargai karunia yg Tuhan berikan kpd anda...Anda tahu apa yg anda lakukan. Walaupun anda katakan bhw anda tidak mengutamakan KEKRISTENAN tetapi hanya KASIH di dalam kehidupan sehari-hari, namun, anda tahu tidak, sebenarnya di sebabkan anda tahu bahawa anda adalah seorang Kristen, mengenal Tuhan Yesus dan percaya padaNYA lah, maka anda punya perasaan sedemikian?. Disebabkan oleh aspek itulah anda punya 'sesuatu' (KASIH) dlm diri yg tersembunyi, yg belum tentu ada pada org lain tidak kira yg Kristen ataupun bukan Kristen...


       Anda tahu apa itu KASIH....anda sedar siapa anda....dan sebab itu, dari muzik itulah anda cuba suarakan isi hati dan perasaan anda. Dari hiburan dan pergaulan itulah (walaupun berbeza agama) anda salurkan KASIH itu (secara tidak langsung...mungkin saja anda tidak menyedarinya). 


       Mungkin org lain tidak memahami anda apatah lagi org2 yg anda percayai dan harapkan agar dapat memberi sokongan iaitu termasuk org2 Kristen  sendiri sehinggakan anda mungkin berasa kecewa dan terkilan, tapi yg menjadi pokok utamanya ialah TUHAN YESUS sendiri. DIA melihat jauh ke dasar hati dan perasaan anda, tahu fikiran anda, tahu cara hidup anda, latar belakang anda, bahkan masa depan anda. DIA memahami anda lebih daripada mana2 pun org di dunia memahami anda (termasuk ibu yg melahirkan anda), DIA jauh mengenali diri anda lebih daripada anda mengenali diri sendiri...


       Kalau seorang ibu menghibur bayinya dengan mendodoinya di ribaan, seorang ayah memberi teguran dan nasihat kepada anak2 nya, seorang guru mendidik murid2nya....sebenarnya tidak ada bezanya dgn apa yg anda lakukan sebagai seorang pemuzik. Melalui semua peranan itu, KASIH dapat disalurkan kepada org lain. Malah berani saya katakan, jika ada bezapun, itu mungkin adalah atas dasar KASIH. Maksud saya, mereka mungkin melakukan semua itu, tetapi siapa tahu kalau semua itu hanya atas dasar tanggungjawab semata-mata (andaikan saja lah)? dan anda pula, walaupun hanya melalui penciptaan lirik dan lagu serta alunan muzik, apa yg anda lakukan itu adalah atas dasar KASIH...Sebab itulah saya katakan, mungkin kami tidak memahami dan mengenali anda, dan mungkin ramai yg MENOLAK dan tidak menghargai apa yg anda lakukan, tapi percayalah....TUHAN menerima anda seadanya. DIA memakai anda walaupun hanya melalui alunan muzik. DIA mampu melakukan segala-galanya. DIA boleh memakai dan menggunakan anda untuk membuka mata dan minda org lain tidak kira yg Kristen ataupun bukan Kristen. DIA menyalurkan berkat kepada org lain melalui anda...


       So, Vellen & all yg berkecimpung dalam dunia hiburan tidak kira rohani/duniawi, jgn kecewa jika anda ditolak  atau tidak dihargai apatah lagi oleh org2 yg mengenal Tuhan. Kalau bukan sebab Tuhan punya RENCANA tersendiri terhadap diri anda, tidak mungkin DIA menciptakan anda lengkap dengan talenta/bakat, kebolehan dalam muzik. Iyakan? TUHAN tidak akan mencipta manusia begitu sahaja tanpa ada RENCANA -NYA untuk manusia tersebut.


      Teruskan apa yg anda lakukan, jadilah teman yg  memberkati kepada sesiapa sahaja . Yg penting ingatlah dan takutlah akan TUHAN selalu dan bersandarlah pada-NYA. Letakkan hidup dan pekerjaan anda di tangan-NYA....


Stacy Orrico adalah penyanyi duniawi, tetapi saya sangat diberkati oleh lirik lagunya yg bertajuk " I COULD BE THE ONE". Pada mula saya melihat orgnya, saya tdk ambil perduli, lalu hati saya tergerak untuk membaca lirik lagu itu, tapi anda tahu, saya sangat tersentuh......secara ringkas lagu  itu menyatakan tidak kira siapapun dia, dari mana pun dia dan apa pun yg dilakukannya ( Stacy), Tuhan tetap menerimanya bahkan memilihnya untuk menjadi 'seseorang'. Tuhan menggunakan  hatinya yang kecewa, untuk menjadi penawar dan penolong bagi org2 yg sengsara dan hidupnya porak-poranda. Jika Tuhan katakan 'iya' terhadap apa yg boleh dilakukannya, maka hal itu pasti digenapi dan dia (Stacy) akan dipakai untuk menjadi 'sesuatu' dan 'seseorang' (berkat).


        Kalau maksud lagu itu tidak dihayati sungguh2 mungkin pendengar/pembaca hanya menganggap bahawa kata2 dalam lagu itu adalah kata2 kepada kekasih atau teman Stacy...tetapi bagi saya, sebenarnya kata2 dalam lagu itu merupakan luahan hati dan DOAnya terhadap TUHAN yang mengasihi, memilih dan memakainya menjadi berkat.


        Ketengahkan dan kembangkan bakat dan talenta anda dalam bermain muzik sehingga menjadi berkat bagi org lain. Jangan sia-siakan karunia yg Tuhan berikan kepada anda. Anda yg memiliki talenta dan bakat/kebolehan seperti itu sebenarnya sangat bertuah..anda tahu kenapa? sebab tidak semua orang di dunia memiliki bakat dan kebolehan seperti yg anda miliki....So, jangan kecewakan TUHAN yg memberinya kepada anda....


 


     Teruskan Vellen, kuatkan hati & put everything in God's hand. Okay?...


GOD KNOWS ALL ! (HAB 4:13), Your needs (Mat 6:33), your heart (Mat 5:8), your cries (Maz 56:8), your deeds (wahyu 2:23), your desires (Maz 145:19), your mind (Rom 8:7),your future (Yer 29:11)....YES, HE KNOWS !!!!


Bye........God bless u all.



__________________
vallen vand

Date:
Permalink   

thanks alya..thanks semua..


rasa terharu melihat sokongan kalian bagi kami yang berjuang dalam arena muzik ini...harus diakui keputusan mengabdikan diri dalam dunia muzik merupakan satu keputusan yang mengundang risiko yang pasti tinggi..kalo yang terlibat dengan saja saja tu mungkin tk merasa manis sakitnya...untuk band chronicles ..kami teman teman di band ini punya moto untuk dikongsi bersama " membina persaudaraan bersama chronicles"...sepertinya langsung tiada kaitan dengan kekeristenan bukan...cuma apa yang penting bagi kami adalah mereka yang diluar sana...puji Tuhan sebab beberapa tahun kebelakangan ini..banyak anak muda yang turut bersama dalam aktiviti chronicles...yea..mungkin lebih tepat bila saya katakan bahawa band ini mempunyai production sendiri...disini lah kami selalu tuliskan segala luahan, kesaksian anak muda yang telah kembali dari kisah lalunya...malah disini jugalah member2 dalam band ini menulis lirik &menggubah lagu.. dan lagu lagu yang dimuatkan dalam album "BISIKAN KEPULANGAN" yang akan dikeluarkan pada masa akan datang merupakan keluhan vallen sendiri tentang penyesalan hidup yang dulu hingga diubah oleh Tuhan menjadi kuliNYA...di sini saya cuba kongsikan lirik lagu untuk BISIKAN KEPULANGAN buat anda semua...lirik ini merupakan kisah hidup vallen sendiri- seperti kisah anak yang hilang( cerita bible)...dari masa dulu...hayatilah..


terdengar suatu bisikan ...dilubuk hati kecilku...sepertinya bertanyakan..tentang apakah erti hidupku..lantas aku terkenangkan..kisah masa laluku..yang penuh dengan noda dosa..tak perlu ku dustai semua...


reff: "kembalilah..kembalilah.. padaku sayang..akan kuberikan hadiah yang besar buatmu"  "kembalilah..kembalilah..disisiku sayang...pintu kebahagiaan masih terbuka...untukmu....."


DIA berkata padaku...dengan nada syadu...


DIA berkata padaku..dengan nada...syadu...


 


beberapa lagu lain yang terdapat dalam album ini seperti sahabat yang setia, dunia baru, anugerah, lukisan hidup, kekasihku, dan satu lagu yang ditulis dalam bahasa dusun "kalangadan ku"...untuk anda yang punya komen..silakan..GOD bless.....                           


 



__________________
Melody

Date:
Permalink   

Hai Vallen...


Teruskan perjuangan anda..eehemm...bukan menjadi KULINya tetapi menjadi anakNYa yang setia bekerjasama denganNya memenangi jiwa anak muda...(gue kasi naik taraf sikit dong...kitakan anakNYa)


Vallen, God know you deeper than the others! You go for it and...ask God, listen from HIM what God wants from you 2 !



__________________
alya

Date:
Permalink   

Hi Vellen & all...


              again and again i'm proud of u...Thanks God.sama seperti anda dan yg lain...kerana sebagai manusia biasa saya juga pernah jatuh dan jatuh bahkan seringkali jatuh (jatuh dalam dosa), tapi syukur,


Tuhan mengangkat dan  izinkan saya bernafas hingga kini. Bila saya lemah bahkan terlalu lemah sekalipun, DIA menguatkan saya. Dia memegang saya seerat-eratnya....tapi, kerana sbg manusia biasa, dahulunya, saya seringkali berasa rimas dan cuba untuk keluar dari genggaman-Nya. Mungkin disbbkan oleh keinginan untuk hidup bebas sama seperti orang lain. Lalu, apa yg Tuhan lakukan...DIA melonggarkan


genggaman-Nya, membiarkan saya pergi mencari kebebasan spt yg saya inginkan.Buat seketika saya berasa gembira dengan keadaan baru, malah langkah juga semakin jauh tinggalkan Tuhan, tanpa saya sedari, kegembiraan tentang apa yg saya lakukan itu rupa2nya melukakan Tuhan, sama sekali tidak menyenangkan-Nya. DIA tahu apa yg menunggu saya di hadapan jika saya teruskan dan DIA tidak mahu saya terluka, lalu DIA membisikkan kata2 bhw DIA merindui dan mengasihi saya, DIA bisikkan kata2 'jangan teruskan',  itupun saya masih tidak perduli...masih meneruskan juga kegembiraan 'bodoh' itu, DIA tidak berputus asa, memanggil saya lagi dan lagi dan lagi......Rupanya, tidak seindah yg disangka, di akhirnya saya tdk temukan rasa damai. Begitupun, DIA izinkan saya disakiti, dilukai, ditolak, dan pelbagai hal lagi mencobai saya. Tuhan mengenal saya dan DIA tahu yg saya tidak kuat tanpa-NYA, lalu DIA sendiri berdiri disamping saya menggunakan diri-NYA untuk berperang dgn pencobaan bagi memenangkan saya...Kalau saya tidak menoleh ke belakang dan melihat siapa saya di masa lalu, saya tidak akan sedar bahawa betapa TUHAN itu baik dan mengasihi saya, hinggakan dalam keadaan yg penuh dosa itu DIA terus menarik saya dengan 'tali kesetiaan'-NYA menjadikan saya benar2 seseorang yg 'baru'.


       For vellen....saya ada tulis sedikit larik baru (di bawah), tapi belum ada lagu. Ia bukan hanya untuk saya tetapi untuk kamu dan semua org. Boleh tolong? hehehe....buatkan lagu dan jadikan salah satu daripada lagu kumpulan kamu . Kalau kamu mahu adjust lirik itupun boleh juga....saya tidak pandai buat lagu bah...so, kamu sajalah yg buat....bolehkan?....


 


 


         Di sini aku ya BAPA, seadanya menghadap-MU


         Membawa bersama kehidupanku


         Untuk KAU corakkan lukisan baru


         Mungkin tak kufahami maksud sebenar-MU tentang diriku


         Namun kerana aku tahu KAU lebih mengasihiku


         Ku serahkan segalanya dalam rencana-MU


 


        Aku yang terbatas, aku yang hina, aku yang berdosa


        KAU ubahkan sesuai rencana-MU


        Oleh kehendak, kasih dan sayang-MU,


        Kau jadikan aku baru


        serupa gambaran-MU


 


        Tidak kutemukan peribadi seperti-MU


        Menjangkau jiwa jauh ke dasar hati


        Menjadi teman sejatiku setiap waktu


        Jawapan bagi setiap persoalanku


 


        Dunia akan berlalu….


        Masa akan berhenti…


        Nafas akan berakhir…


        Manusia kembali menjadi debu...


        Tapi ENGKAU takkan berubah


        Untuk selama-lamanya.



__________________
vallen

Date:
Permalink   

buat alya..


thanks atas lirik tu..agaknya lirik tu boleh ditafsirkan agak rohaniah...ayatnya lebih kepada bacaan sajak..but its nice....kesinambungan rangkap ayat yang kira tak menggunakan bahasa yang lebih puitis dan mudah difahami.....( begantung kepada penulis lirik juga)..apa pun mungkin di masa akan datang. chronicles boleh usahakan lagu untuk lirik ini..thanks....cuma tentang hakcipta nanti cam mana? rasanya tak boleh ambik kisah bila soal nak terbitkan album...apa pun thanks atas sokongan & dorongan anda semua bagi kami di chronicles team...GOD bless...



__________________
alya

Date:
Permalink   

 


Hmmmm...iya, memang lebih kpd puisi (sajak)...dan jelas lebih kpd kerohanian. Tapi pasal rohani @ tidak, saya rasa hanya di kalangan org Kristen yg faham istilah 'BAPA' itu saja yg tahu tentang terhadap siapakah sebenarnya kata2 dlm lagu ini ditujukan (iaitu Tuhan). Bagi org lain yg tidak tahu, saya percaya mereka mungkin anggap lagu ini ditujukan kepada bapa duniawi (ayah kita sendirilah) yg menggambarkan bhw betapa kita menghargai org tua kita....


    Saya tidak kisah sebenarnya, ini cuma idea saja....siapa tahu bila2 masa kamu mahu buat lirik baru, so, kalau tidak jadi soal, masukkan saja sebahagian / mana2 kata2 dlm lagu ini. Sebenarnya, ini memang puisi saya sendiri....salah satu drpd koleksi tulisan saya. One day, kalau kamu gunakan lirik inipun, itu sudah jadi hakcipta kamu, bukan saya. Sebab, saya pasti ramai yg menyimpan isi hati yg sama dgn apa yg saya tulis, cuma bezanya, saya luahkan melalui tulisan. So, anggap saja ini hakcipta kamu. Ok?...siapa tahu, suatu hari nanti bila saya terdengar lagu dari album kamu dan terdengar lagu yg mengandungi lirik ini, teringat juga kisah saya di zaman dulu-dulu lagi.....hehehe....Okay?...so, no problem...


God bless u all too. All the best in life....



__________________
Melody

Date:
Permalink   

Hi Alya...


Nanti saya pun boleh tolong ko iramakan lirik kamu tu...kalau bunyikan gitar tu, bulilah sikit2lah konon...Hehehehe...



__________________
alya

Date:
wow....
Permalink   


 


Hi, shallom....


Hmmm...Melody??? wow, awalnya hang buka internet ye? nak breakfast ke? hehehehe...Anyway, nah...kan apa sia bilang...1,2,3....hehehe....ko ni mesti pandai dlm muzik, pasal tu lah ko guna nickname 'melody'....Bah, baguslah kalau ko pun mau buat lagu/irama lirik dari puisi saya tu....actually, saya ada juga bah buat lagu bg lirik tu (buat2 macam tu sajalah-walaupun tdk pandai main gitar. tapi senikata dia berbeza sikit dari yg saya tulis di atas. Akhirnya jadi lagu juga), tapi, itu untuk saya sendiri saja lah. Nyanyi masa sorang2 di rumah/bilik tidur/bilik air/dapur (spy org tdk tahu siapa yg nyanyi kalau hujan turun. hehehe) ..so, ada baiknya kalau u all pun buat lagu (buat utk semua org lah)....    


So, that wld b so nice melody kalau ko pun mau buat...& vellen pun boleh buat juga....atau sesiapa pun boleh buat....manalah tau boleh juga wujud dlm byk versi....cuma, alangkah baiknya kan kalau one day saya terdengar lagu tu di mana? (that's my dream)....sejuk hati saya....hehehe..


so, friends....teruskan pelayanan anda semua in GOD and only for God. Alright?



__________________
Melody

Date:
RE: guitaris
Permalink   


Alright baby...!!!


OH ya alya...i want to share with u dis liric....


C/O  "Sedetik tanpa Mu di sisi,


        lemah ku tak berdaya lagi,


        Hidup bersamaMU ya Tuhan,


        Indah bagaikan Syurga....yang kuimpikan..." (HEAVEN)


Alya, i do really love your spirit...if you can remember me, please pray for me..Kekadang kalau kita ikhlas menyanyikan satu2 lagu itu, tanpa musik pun indah bunyinya...



__________________
gidong

Date:
Permalink   

Vallen pos kan satu cd album anda pada saya .. nanti saya tolong promosikan d web ni kot .. hehehhe bodek ni ....


buat alya, melody ... terus posting d sini .... korang jadi ahli bole ke ? kita sama2 jangkau anak2 muda bagi Kristus ... hmmm .....



__________________
vallen vand

Date:
Permalink   

kalo nak promosi kat sini... mungkin vallen scan cover cd? kaset saja lah...poster boleh kan? pasti boleh gidong....mungkin tahun depan akan di edarkan ...masa ini vallen masih di sarawak..pengajian abis dalam hujung bulan 10 ni...bila abis nanti bolehlah berkarya lebih akfif...

__________________
gidong

Date:
Permalink   

shalom buat geng2 semua ... apa kabar ? sihat ? ( ucap salam cara lama hik hik hik )


Bah vellen ok jak bah tu, tapi lebih baik kalau saya dpt cd nya dong, mudah utk ketahuin gimana lagu nya ... then mungkin saya bole buatkan mp3 utk d download d web ni ... he he .. Terus Berjuang se-XtReme2nya bagi Kristus yihaaaaaaaaaaaaaaa



__________________
vallen vand

Date:
Permalink   

gidong, kalo mau buat mp3 tu.. sya tak berani nak bagi.. ini bukan soal kedekut atau tidak cuma bermasalah bagi saya di masa hadapan..sebab album ni akan di pasarkan.. so, kalo org bole download tu.. hancurlah industri muzik.. or mungkin ko boleh muatkan lagu2 dalam album ni bila ada di pasaran nanti... skg saya juga ada menulis lirik "sang kelawar kesiangan"... ya.. agaknya maksud cerita lirik ini dalam sekali.. mungkin 20/10 saya akan menamatkan pengajin dalam bidang muzik -majoring in recording studio di universiti malaysia sarawak. balik sabah nanti boleh lah minta tolong ko cari carikan alamat studio rakaman kat sabah.. dah kira lama tk balik..jadi hal hal ttg studio rakaman di sabah ni kurang tau lah.. yg famous hanya bambbo sound dan meo productions.. tolong ya..

__________________
Melody

Date:
Permalink   

Hai vallen, meo productions kat mana tu?

__________________
gidong

Date:
Permalink   

Hi vellen, maksud saya mp3 tu KAN DEMO nya sahaja , sekerat je ... pasal studio tu saya memang kawan baik dgn studio baru yang selalu mengundang artis2 rock seperti AMY SEARCH, AMUK BANDI dan OAG ke Sabah... utk pengetahuan vellen juga artis2 ni sering menjadi penyokong kami waktu main bola hikhikhik .... bah kan saya yg test perdengarkan sora dekat studio tu .. namanya SHAWN STUDIO terletak d sebelah beverly ... lagi satu STUDIO KRISTEN KAN DAH ADA .. RADIX STUDIO dah ada tu ... so saya boleh rekomenkan dgn welon nanti kalau mo gunakan studio tu ... utk rakaman kan ... hehehehe ... utk keterangan lanjut kunjungi http://citypraise-ministry.tripod.com


Selamat berkarya melalui musik ...............



__________________
vallen

Date:
Permalink   

meo production?? tak pastilah kat mana. saya lihat nama studio ni kat kaset2 teman teman saya yang diorang bawa dri sabah..banyak kaset yang dikeluarkan oleh studio ni...kalo tak silap saya.. meo production ni bukan wellon muyau punya ka? saya masih kosong dalam meneliti studio2 di sabah buat masa ni..ya dah lama kat sarawak... apa pun balik nanti boleh lah berkarya di sana...c u ..

__________________
vallen vand

Date:
Permalink   

gidong..


rasanya mp3 tu bukanlah demo...sebab kualiti mp3 lebih baik dari demo... tentang rakaman tu, saya benar2 benar berharap dapat bekerjasama dengan ko suatu hari nanti...wellon tu saya kenal lah juga... yaa hanya sebatas kenal...saya pernah mendengar gubahan muzik yg pernah dia buat... kira ok lah.. cuma mungkin kualiti studio tu yg kurang.. saya juga pernah dengar album thomas sugara yg kedua.. not bad lah.. cuma dari segi mixing and kualiti sound...saya boleh kata ianya hanya sampai tahap kualiti demo dan bukannya sound dalam studio...mungkin banyak org yg tidak kisah tentang hal ini..tapi kami di sini ( pelajar muzik teknologi) banyak di dedahkan dengan hal tersebut dan analisa sound itu sendiri...


yea.. untuk album "bisikan Kepulangan" ini..saya hanya tambahankan track untuk gitar saja sebab semua gubahan muzik saya dah siapkan di sini kecuali tracking gitar... vokal tu saya tak pasti sebab saya tak mau nyanyi dalam album ini ( i am not vokalis) maksudnya kena cari vokal lain... mungkin Dulimah..kau kenal ka? cuma perlu guide dia pastinya...ok gidong.. apa apa perkembangan terbaru..boleh dikongsi di sini... 



__________________
Melody

Date:
Permalink   

Hai vallen, nama brita de? sia ingat meo productions tu kat Sarawak...


Well, congrate, kembangkan sayap pelayanan ada dalam bidang muzik.



__________________
vallen

Date:
Permalink   

hi melody...wahhh boleh cakap iban lah ni... aku tuk nak nemu jeko iban..mimit mimit aja.. apa pun teruskan usaha kita semua utk Dia pastinya...

__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard