Post Info TOPIC: APA DAH JADI ?
lopak

Date:
APA DAH JADI ?
Permalink   


Ehem....,
Di zaman skrg ni kita pernah mendengar berkenaan dgn beberapa sikap yg kurang baik bukan saja akan berlaku tetapi telah pun berlaku........,ianya berkenaan dgn apa yg dikatakan pemimpin gereja yg melakukan hubungan semacam.........,dlm situasi ini..., apakah yg sebenarnya confused....?


__________________
gidong

Date:
Daging memang penurut .......
Permalink   


Hmmm... Lopak online abis kau ari ni ya napa tak chat Mirc ... aku cari ko tadi tapi teda pun kau ...

Lopak bagi saya ini bukan lagi sikap yang kurang baik tapi memang DOSA yg mesti diakui dihadapan TUhan agar disucikan dari dosa-dosa tersebut.. YA sekarang ini memang banyak berita yg melibatkan perkara2 sumbang yg dilakukan oleh ( hmm... paderi dengan jemaatnya sama ada dgn laki2 or ppuan) sorry terpaksa juga mention nya agar yg lain boleh tahu ya lopak ..

Bagi saya semua perkara ini adalah rancangan iblis semata-mata untuk memesongkan perhatian org yg sungguh2 PERCAYA agar perhatian mereka bukan lagi pada Yesus tetapi pada kesalahan yg dilakukan oleh atasan gereja. Kita sebagai org percaya harus ingat bahawa siapa pun kita termasuk Paderi Pastor dan pendeta tetap manusia biasa dalam pola pemikiran walaupun menjadi luarbiasa kerana Roh yg ada didalam kita adalah Roh yg luar biasa. So kita tidak harus mengidolakan mana org termasuk atasan gereja bagaikan org itu tidak akan jatuh dalam dosa lagi...

Lopak kata confused ??? hmmm bagi saya, saya tdk confused sebab mereka juga manusia biasa seperti kita.
Kalau IMAN tidak kuat pasti iblis akan merampas semua FIRMAN yg ada didalam diri kita...

nanti disambung lagi ya lopak ...

Shalom .........


__________________
YoKu

Date:
Human aren't perfect
Permalink   


Shallom...ya! sia setuju dengan pendapat Gidong tu Lopak..Tiada siapa pun yang sempurna di dunia ini..dan tanpa Dia, bertambahlah ketidaksempurnaan itu.
Ya..kita sering mndengar yang MANUSIA TIDAK SEMPURNA..
walaubagaimana pun...siapa pun kita dan di mana pun kita berada...JANGAN sekali-kali menggunakan ALASAN 'Manusia tidak sempurna'....untuk melakukan sesuatu yang melukakan hati BAPA di SORGA...kerana ada ayat Alkitab yang mengatakan...

"pencobaan yang kita hadapi tidak melebihi kekuatan kita." dan..

"Segala perkara dapat ku tanggung dalamNYA."


So...we try our best with GOD IN OUR PATHWAY!:)


__________________
gidong

Date:
Ya........
Permalink   


Shalom untuk Yoku coz first sia nampak pendapat ko disini, truskan bersama kelab ini untuk membagi berkat yg kita perolehi dari BAPA kita.

Ya sememangnya kita tidak sempurna dan SEKALI-KALI kita jangan mengunakan alasan "manusia tidak sempurna untuk berbuat salah ( dosa )" kerana kita orang yang PERCAYA harus berusaha untuk menuju kepada kesempurnaan yang hanya boleh diperolehi melalui Tuhan Yesus Kristus...

Sempurna bagi saya = Tidak Pernah melakukan DOSA,
Hanya Yesus yang tidak pernah berbuat BERDOSA !



__________________
Lontugi

Date:
Tak Heran
Permalink   


Hi suma ,

hal ni saya tak heran, ini lah sebab kita jangan mengidolakan sesiapa termasuk paderi, pastor dan yg sama waktu dengannya, dan inilah jadinya kalau hamba Tuhan tidak berpegang pada FIRMAN yang boleh menepis semua godaan .... hahahahahaha hanyalah YESUS sendiri ...

TERUK JUGA OOOOO... kin malu ....


__________________
relax in jesus (natasya alya)

Date:
Once upon a time.....
Permalink   


Hai, bertemu kembali, di sini saya mulakan dgn satu cerita. "Ada sepohon pokok yang tinggi dan berbuah lebat.Ada buah yg sudah masak, ada yg setengah masak, ada yg masih mentah dan ada yg baru mulai berputik.Memang ramai yg menyukai pohon itu kerana menjadi tempat berteduh ketika hujan dan panas, tempat mendapatkan makanan ketika lapar, dan tempat menyembunyikan diri daripada binatang liar.Tuan punya pohon ini seorang yg sangat baik dan tidak kedekut, sesiapa sahaja dibenarkannya mendapatkan buah itu, berteduh dibawah pohon dan bermain-main di situ. Namun, suatu ketika, ada seseorang yg teringin sangat mendapatkan buah-buah itu dan mahu memiliki semuanya.Tapi dia tdk meminta dari pemilik pohon itu apalagi meminta izin kerana dia sangat membenci si pemilik tersebut. Dia cemburu dan dia mahu buah-buah itu dijual untuk kepentingannya dan dihancurkan sehingga habis.Walaubagaimanapun, dia tdk dapat memanjat pohon itu dan memetik buah-buahnya kerana terlalu tinggi." persoalannya ...apa yg org itu harus lakukan utk mendapatkan buah-buah tersebut? melontarnya dgn batu? kalau begitu, kemungkinannya pasti sangat tipis...menjoloknya dgn galah? pun sangat tipis sebab pohon itu sangat tinggi dan sukar utk mendapatkan galah yg panjang.Lalu, bagaimana?........baiklah, saya tidak akan tunggu jawapan anda....Bila dgn cara2 tersebut, orang itu masih tdk berjaya, maka orang tersebut hanya perlu menebang pohon itu dan mencabut akarnya. Selepas itu, pasti semua buah itu akan rosak dan pohon itu akan hancur....saudara, ADA APA DENGAN CERITA ini? kenapa cerita ini timbul dlm topik ini? apa kaitannya?...saya akan terangkan seperti ini:

Pemilik pohon : Tuhan Yesus
Pohon yg tinggi : paderi/pastor/pendeta/ sewaktu dgnnya
Buah-buah yg lebat : jemaat Tuhan yg menerima Tuhan melalui pelayanan
pihak kepimpinan gereja di atas.
Buah yg sudah masak: jemaat yg sdh matang dlm pengenalannya akan Tuhan
Buah yg setengah masak: jemaat yang masih hidup dalam 2 lingkungan…
rohaniah dan duniawi.
Buah yg belum masak: jemaat yg masih tdk mengerti tentang Tuhan walaupun
sdh lama dilayani.
Yang baru berputik : jemaat yg baru mahu mengenali Tuhan.
Orang yang mahu menghancurkan buah dan pohon itu : iblis

Si iblis begitu cemburu akan Tuhan dan mahu menjatuhkan jemaat dan hamba-hamba Tuhan. Walaubagaimanapun, si iblis sukar utk menjangkau jemaat Tuhan kerana mereka sentiasa dlm pelayanan dan doa hamba-hamba Tuhan.Oleh kerana iblis tdk dapat mencapai semua jemaat dan anak2 Tuhan sekaligus, maka ia melihat hamba2 Tuhan (paderi/pendeta/pastor ) sebagai sasarannya.Kenapa? sebab iblis tahu, jika ia berjaya merobohkan tembok yg kuat, maka dgn mudah ia akan masuk ke dalamnya. Begitulah juga bila iblis ambil keputusan utk melemahkan dan menggoyahkan iman para hamba Tuhan (kepimpinan gereja), dan bila mereka berjaya dijatuhkan, maka pintu utk iblis mengacau-bilau jemaat Tuhan terbuka luas….Inilah strategi yg sedang iblis kerjakan sekarang…Ia cenderung utk menjatuhkan para atasan kepimpinan gereja terlebih dahulu agar setelah hamba2 Tuhan ini jatuh dalam dosa, org lain dan jemaat Tuhan akan melihat perlakuan mereka lalu turut tersandung (gossip, benci, nista, umpat, tipu dan sebagainya) dan juga membuatkan para jemaat tinggal dlm kekeliruan sebab pihak kepimpinan yg selama ini membimbing mereka menjadi seperti itu ataupun tiada lagi (tinggalkan gereja).Jadi, tdk hairanlah mengapa ramai di kalangan hamba Tuhan yg jatuh dalam dosa seperti ini…Anda sendiripun dapat lihat keadaannya sekarang kan? Banyak gereja yg goyah, jemaatnya mulai meninggalkan Tuhan, pencabulan, penipuan….dan terlalu banyaklah..… Inilah hasil drpd perbuatan iblis….kecewa bukan?…sangat kecewa… Apalagi Tuhan…DIA pasti kecewa…walaubagaimanapun, berdoalah utk hamba2 Tuhan dan jemaat2 Tuhan..kerana iblis tdk akan puas dgn perbuatannya…ia mahu lebih lagi…dan satu hal lagi, jgn lah biarkan hal ini membuatkan kita semakin jauh dari Tuhan oleh kerana membenci, mendendami ataupun tidak menyukai mereka lagi…malah yg penting, kita berdoa dan jangan tolak mereka kerana jika disisihkan mereka akan semakin lemah dan jatuh..Okay???…Daaaa.God Bless.


__________________
gidong

Date:
hmm...
Permalink   


hi natasya dan shalom juga untuk pengunjung yang lain ...

Terima kasih atas cerita yang sangat2 memberkati tu natasya ... Saya SETUJU dengan anda ...

hmmm.... amat memberkati sekali ....

Ya kita harus mendoakan atasan gereja kita agar TUHAN memakai mereka dan MENJAGA mereka dari muslihat musuh kita si iBLIS ...



__________________
kakang

Date:
RE: APA DAH JADI ?
Permalink   


lebih banyak kesombongan kita dengar dari mereka yang tidak pernah jatuh berbanding dengan mereka yang pernah jatuh. inilah pengalaman kejatuhan Petrus dan Yakobus.


1 PETRUS 1:6. Bergembiralah akan hal itu, sekalipun sekarang ini kamu seketika harus berdukacita oleh berbagai-bagai pencobaan. Maksud semuanya itu ialah untuk membuktikan kemurnian imanmu--yang jauh lebih tinggi nilainya dari pada emas yang fana, yang diuji kemurniannya dengan api--sehingga kamu memperoleh puji-pujian dan kemuliaan dan kehormatan pada hari Yesus Kristus menyatakan diri-Nya.


YAKOBUS 1:2. Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam berbagai-bagai pencobaan, sebab kamu tahu, bahwa ujian terhadap imanmu itu menghasilkan ketekunan.  Dan biarkanlah ketekunan itu memperoleh buah yang matang, supaya kamu menjadi sempurna dan utuh dan tak kekurangan suatu apapun. Tetapi apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia memintakannya kepada Allah, --yang memberikan kepada semua orang dengan murah hati dan dengan tidak membangkit-bangkit--,maka hal itu akan diberikan kepadanya.



__________________
gidong

Date:
Permalink   

Shalom kakang

Terima kasih atas ayat2 yg diberikan...

Cuma... cuma ... apa kaitannya dengan topik ini ya ????

__________________
Lopak

Date:
Permalink   

Yalahkan ? jauh lagi ba perjalanan kita ni. apa bole berlaku.

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard