Post Info TOPIC: musik rock
brandon Atg

Date:
musik rock
Permalink   


saudara gidong,

saya hanya minta pendapat saudara tentang musik rock yang dimainkan di gereja kita (sib)pada masa ini.saya tak fikir ia adalah sesuatu yang salah tapi bagaimana pandangan saudara mengenai jemaat di sesebuah gereja sib yang kebanyakan daripadanya adalah golongan tua yang mana mereka telah terbiasa dengan jenis musik yang tak bising(malah tak dinafikan musik inilah yang telah banyak membawa banyak jiwa kepada jesus).pendapat saudara,adakah wajar kita memainkan muzik yang lebih "agresif"di gereja walaupun kita tahu ianya tak salah tapi kebanyakan jemaat yang memerhati kita adalah golongan tua yang mempunyai persipsi seperti yang telah saya sebutkan tadi.pengalaman saya,ada diantara jemaat lama yang memahami cara golongan muda menjangkau jiwa dengan muzik moden serta penampilan terkini,tetapi secara jujur saya katakan mereka sememangnya tidak biasa dengan penyampaian muzik seperti itu "walaupun" mereka tahu itu tidak salah.soalnya,adakah releven kita memainkan musik "kita"di hadapan jemaat yang tahu muzik semuanya dari Allah,tapi menerima Allah melalui muzik "slow"
terima kasih


__________________
gidong

Date:
Tengok Keadaan.
Permalink   


Shalom Brandon,

Ini pertama kali pendapat anda saya baca di forum ini, semoga anda sering mengutarakan pendapat anda disini dan menjadi ahli kelab b2J. hmm..

Jawapan saya atas persoalan anda ialah TENGOK KEADAAN DAN SESUAIKAN SERTA SEJAJARKAN DENGAN MAJORITI Jemaat yang ada ketika itu, kalau majoritinya org2 lama, mungkin kita boleh gunakan 80% lagu2 lama dan 20% lagi lagu2 baru, kalau majoritinya org muda, mungkin kita boleh gunakkan yang sebaliknya. Dan kalau jemaat yang hadir 50% org lama 50% org muda, gunakan teknik 50-50, biar semua jemaat dapat mengikuti praise % worship yang dijalankan dengan sesungguhnya.

Terima kasih atas pertanyaan anda..



__________________
lontugi

Date:
hmm..
Permalink   


Betul tu gidong, setuju sangat...

tapi saya tetap berpendirian yang kebanyakan org2 lama dari gereja ni memandang serong dengan jenis musik tertentu, apalagi ROCK ..

ROCK dalam YESUS



__________________
mark fehly

Date:
RE: musik rock
Permalink   


sebenarnya,inilah cabaran yang perlu kita tempuhi bersama sekarang.kita tidak sepatutnya menyalahkan seratus peratus "orang lama"dalam hal ini kerana muzik rock dan penampilan terkini bukan lah zaman mereka.sedangkan saya sendiri (remaja 20 tahun)menasihati adik lelaki saya agar tidak berpakaian koyak rabak,serta mewarnakan rambut kerana ia jelas tidak dibenarkan di mana-mana(contohnya di sekolah)dan saya sangat faham kenapa "orang lama"tak dapat menerima cara seperti ini.sedangkan orang tua saya melenting apabila saya memasang muzik rock di rumah kerana terlalu bising katanya,apatah lagi kalau muzik itu dimainkan di gereja.Apabila saya membayangkan hari tua di mana sudah mempunyai anak sendiri,saya fikir saya juga tidak mahu melihat anak sendiri yang berpakaian "koyak sana'koyak sini..rambut entah apa -apa"boleh pengsan di buatnya brother!!!!

__________________
gidong

Date:
Hmm.....
Permalink   


Shalom Mark,

Thankx kerana sudi join d forum ini,

Tidak ada sesiapa yang menyalahkan orang "lama" berkenan dengan musik terkini, bahkan mereka sekarang lebih terbuka dengan musik2 moden ini, Dan terus terang, saya juga akan melarang adik saya untuk colour rambut keSEKOLAH, kerana tanggungjawab sebagai PELAJAR masih mengikat mereka dengan DISIPLIN SEKOLAH. Dan apa yang dibicarakan disini ialah penampilan dan musik harian dalam kehidupan kita yang sebenarnya. Satu soalan saya pada mark, Siapa kata mewarnakan rambut tidak dibenarkan dimana-mana ?

Mengenai org tua mark yg melenting kerana musik rock yg kuat, saya sendiri tidak suka kalau musik itu dipasang dengan kuat hingga tdk kedengaran lah mesej yg disampaikan, TETAPI ini bukan berkenaan dengan JENIS musik tetapi volume radio kita sendiri, tak kira lagu pop, dangdut atau ballad kalau dipasang dengan kuat sekali pasti menganggu kosentrasi org lain. Dan apabila saya membayangkan hari tua saya, saya ingin sekali kalau anak-anak saya boleh menerima semua jenis musik dan tidak PREJUDIS dengan penampilan orang lain, sebab kita semua berharga dimata TUHAN tdk kira musik apa yang kita sukai.

SEE YA ....





__________________
brelly

Date:
RE: musik rock
Permalink   


yes!!!saya setuju pendapat saudara mark dan saudara gidong.apapun muzik yang kita mainkan semuanya berharga di mata tuhan,tak kiralah macam mana sejarah permulaan muzik itu dan pengaruhnya kepada kehidupan manusia.tentang isu warna rambut tu,bergantung pada kejujuran sendirilah.memang ianya tak manis apalagi kita ni masyarakat timur,tetapi tidak semestinya ia adalah salah.mewarnakan rambut tidak semestinya samseng walaupun ada diantaranya yang begitu.Ini semua bergantung kepada hati budi kita juga.saya sangat berbangga kerana adanya seorang "frankie shihombing"yang berimej rock tetapi kalibatnya telah membawa banyak jiwa kepada yesus

__________________
mark fehly

Date:
Permalink   

wah!!! bretambah meriah le tahjuk idea brandon ni,apapun saya juga setuju dengan kata-kata gidong ,mungkin saya melihat isu ini bersandrkan pandangan saya dari sisi tertentu tanpa melihatnya atau memahaminya dengan lebih dalam lagi.saya tak sepatiutnya prejusdis tentang satu-satu penampilan ataupun muzik yang dibawa kerana setiap orang mempunyai stailnya yang tersendiri dan kemungkinan stail inilah yang ingin mereka ketengahkan untuk lebih mendekati tuhan.betrul tak gidong????

__________________
gidong

Date:
hmmm....
Permalink   


Shalom mark n Brelly,

Ya bertambah meriah lagi topic ni sebab kerjasama anda semua, so selalulah berforum disini, tapi bukan di topik ni saja, join juga di topik lain ok...

Memang benar ... TUHAN sangat mengasihi kita dengan KASIH yg tdk dpt didefinisikan oleh pengetahuan manusia, bahkan tak terjangkau oleh kepintaran manusia, SEBAB KASIH TUHAN adalah kasih tanpa BATAS, KASIH yg tdk memilih WARNA, tdk memilih pakaian anda dan saya, bah kan tdk memilih MUSIK yg anda dan saya dengarkan tetapi memilih HATI yang juga mengasihiNYA ...

P/S : saya tak kenal pun dengan anda semua so harapan saya agar anda memberikan pengenalan diri melalui email saya ataupun yahoogroups.





__________________
gidong

Date:
RE: musik rock
Permalink   


Menghilang pula si brandon

__________________
Lopak

Date:
Permalink   

Eheeheee ! muzik rock. Dlm church ka !!? kalau mcm ni la, gerenti satu kali saja sya pigi sana church berkenaan ooo !? Sya pasti akan terus

__________________
Ten BLeaH

Date:
Oh ya ka??
Permalink   


Bagi saya, memuji tuhan tidak mengira umur, bangsa, muzik, pakaian... Tuhan memandang sama rata kepada semua umatnya. Tak semestinya orang yg berpakaian koyak rabak tu tak leh memuji Tuhan kan.. kita harus ada suka cita dalam memuji Tuhan. Pendek kata TIADA HAD DALAM MEMUJI TUHAN. Jangan pandang luaran saja. Think positive. Kiranya mereka ada hati yang sungguh dalam memuji Tuhan, biarkan lah. Kan tugas kita menyebarkan firman Tuhan dan memuji DIa?


Pendapat saya la. apa pula kata yang lain?


:wishper:



__________________
planetshaker

Date:
RE: musik rock
Permalink   


shalommm


semua muzik berasal dari Tuhan.. tetapi Iblis adalh sangat mahir dalam muzik kerana lucifer adalah muzik. sgala kepandaian muzik dibawa bersama ketika lucifer di buang dari sorga.


oleh itu tugas generasi kita ialah merampas kembali muzik daripada iblis. Apa yg muzik yag ada ialah tuhan yg punya. kecuali muzik yang mempunyai unsur lirik yang memuja setan.


Jom rampas muzik rock daripada Lucifer..




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard