Post Info TOPIC: Penampilan diri orang Kristen
gidong

Date:
Penampilan diri orang Kristen
Permalink   


Shalom, Bagi pendapat anda bagaimanakah penampilan diri kita sebagai orang percaya dalam mana keadaan sekalipun, contohnya pakaian ke gereja, kelompok sel dan sebagai, DAN apakah yang kita nilai dengan mata kasar kita itu juga adalah bertepatan dengan penilian TUHAN ? sila berikan pandangan anda mengenai hal ini ya.. semoga kita dapat berkongsi bersama2 tentang hal ini ....





__________________
Erik

Date:
Pendapat
Permalink   


ok begini penampilan kita sering berbeza beza dari yang lain.Ada insan yang lain tu suka memakai seksi untuk ke gereja biarpun ia tidak dibenarkan dalam gereja ini menunjukkan bahawa insan ni tak menhormati kematian atau kebangkitan tuhan yesus..tetapi ada di sebaliknya memakai sebegitu hanya kerana menunjuk-nunjuk kepada umat yang lain yang dia adalah yang benar ok..
pendapat yang lain mereka ni hanya ke gereja untuk bercerita bukan untuk melayani tuhan..
dalam kelompok yang lain meraka juga akan berpikiran sedemikian mereka tidak berminat untuk menjadi seprti ituok..itu pendapat saya lah ok betul kah tidak terpulang ..

benar
Bro.Erick...
St.Michael Penampang
(Penyelia belia Zon 4)
selakunya..


__________________
gidong

Date:
Apa ada dengan Penampilan...
Permalink   


Shalom Bro. Erick.

Saya setuju bahawa memang ada yang suka memakai seksi kergereja (bg wanitalah), tetapi itu tidak bererti kita tidak menghormati Tuhan sebab bagi saya kita menghormati Tuhan bukan dengan pakaian tetapi dengan kepercayaan, iman dan hati kita yang sungguh-sungguh mengasihi Tuhan. Kalau ada yang berpakaian yang seperti Bro. Erik sebutkan (seksi), itu hanya tidak menghormati PERATURAN gereja yang dibuat oleh manusia, bukannya PERATURAN TUHAN. Ini bukannya bermaksud menyokong agar kita memakai seksi kegereja tetapi kita harus ingat agar dapat memakai pakaian yang sesuai dengan persekitaran kita. Dan kita juga harus ingat agar org lain tdk tersandung dengan apa yang kita buat.

Cuba bayangkan si A memakai kemas bahkan bertie kegereja tetapi buah2 dari kehidupannya jauh sekali dari pribadi seorang kristen, dan si B pula ya sekadar memakai biasa2 saja malah berjeans dan t-shirt saja kegereja tetapi hatinya sungguh dan menunjukkan buah2 kehidupan seorang kristen, yang mana satu pilihan TUHAN... hmmm..

So bagi saya tidak ada yang mengaitkan kesalahan dan kebenaran dalam soal berpakaian selagi berada pada batas kesopanan. sebab Tuhan tidak melihat pakaian tetapi melihat hati kita. Soal kerajaan sorga bukan soal pakaian tetapi soal kebenaran dan damai sejahtera..

hmm... dah panjang ni Bro. Erik... itu saja dari saya, harap dapat mendengar lagi pendapat dari Bro. Erik, ya namanya BRO, pasti ada banyak pengetahuan kan kan..

see ya... NO PREJUDIS bagi YeSuS !





__________________
erik nizam

Date:
awak benar...
Permalink   


ok pendapat awak juga benar tetapi tidak sememangnya betul ok awak faham...
berpakaian ke gereja adalah satu masalah kita semua,adakah ia berbentuk formal atau ..... (faham fahamlah)jadi peraturan yang telah dibuat oleh kita seorang insan adalh peraturan yang sama dalam dunia akhirat..awak faham??
For example:
Kiata sering mendengar bahawa apabila kita meningglkan dunia ni kita akan ke mana???selalu orang kata(bukan lagi berkata tetapi benar)bawaha kita akan ke api penyucian untuk diadili oleh Elder(malaikat santi michael) awakfaham sedikit kah ..takkan tak faham ..
dan selepas tu kita akan tahu kita akan diletakkan di mana mengikut peraturan yang telah mereka adakan yang melalui kita juga jadi peraturan ni juga adalah asas kepada kita untuk mengenal erti kehidupan yang sebenarya (adakah untuk Tuhan ataupun duniawi)kita mesti seiring dalam kehidupan mesti adil...
Contoh lain ..macam saya ,saya ni seorang Brother.dan telah mengikat janji pada tuhan bahawa saya takkan mensia-siakan peraturan yang telah diamahkan oleh sya iatu membantu orang yang lemah dengan cara yang benar bukan cara yang tidak ikikuti oleh insan yang lain macam pakaian ..awak faham...
begini biarpun mereka dengan hati terbuka untuk menerima tuhan tetapi mereka salah dalam pelakuan dan sifat kerana ia telah menjatuhkan maruah diri dalam kelompok insan yang lain ok...faham

saya rasa tetlalu panjang ok..pendapat awak ni boleh membuka minda saya ok..dalam pembentangan nanti ok..
harap someday kita boleh bersemuka di gereja sib di likas ok... thank..

God Bless You
Bro.Erick.


__________________
gidong

Date:
hmmmmm
Permalink   


Shalom Bro.

Aiks, macam marah saja bunyinya pendapat ko ni bro. Marah ya ? Jangan nanti kena jual ( quote P. Ramlee ) he he he…. Just joking Bro…..

Bo. Erik mengatakan bahawa peraturan yang dibuat oleh insan didunia ini sama dengan peraturan di dunia akhirat. Ini saya TIDAK SETUJU. Bagaimana mungkin peraturan manusia sama dengan peraturan Tuhan. Kalau demikian halnya kita tidak memerlukan Tuhan lagi kerana apa yang kita aturkan didunia sama saja dengan peraturan yang Tuhan buat. Cuba kita selidik hal ini berdasarkan Alkitab :

Yesaya 55 : 8 - 9 "Sebab rancangan-Ku bukanlah rancanganmu, dan jalanmu bukanlah jalan-Ku, demikianlah firman Tuhan. Seperti tingginya langit dari bumi, demikianlah tingginya jalan-Ku dari jalanmu, dan rancangan-Ku dari ancanganmu".

Nah, ayat ini jelas mengatakan bahawa rancangan Tuhan tidak sama dengan rancangan manusia apa lagi kalau PERATURAN ! so saya mau mempercayai Firman Tuhan ini Bro. Erik.. Amen…

Mengenai api punyucian, hmm… ini juga saya kurang setuju, bukan kerana saya ni dalam fahaman SIB, No ! bukan kerana itu tetapi kerana berdasarkan Firman Tuhan selepas kematian tidak ada tempat api penyucian, hanya ada dua tempat yang kita tujui selepas kematian samaada SORGA atau NERAKA dan tiada tempat lagi untuk menyucikan dosa dalam masa itu…. Anyway lebih baik kita tidak mempersoalkan hal mengenai itu disini (ttg api penyucian) dan nanti kita buka threah baru bagi tajuk tersebut ya Bro Erik.

Bagi janji Bro sama Tuhan, ya sangat baik sekali tu, but bagi orang yang masih mau memakai ala kadar kegereja, biarkan saja, takkan kita mau halau mereka dari gereja kan ??? mungkin dengan cara itu mereka lebih selesa dan rasa diterima agar dengan itu jiwa mereka juga dimenangkan bagi Tuhan Yesus.

Apa yang penting adalah jiwa-jiwa yang mesti kita menangkan bagi Kristus.

Bah Bro Erik mau kebaktian di SIB Likas, ok saja telefon saya saja.

trima kasih kembali... See Ya GBU !

Tetap up 2 date bagi YeSuS !




__________________
eric

Date:
hmmm
Permalink   


oklah saya paham apa yang engkau katakan tu ...memang tuhan kurniakan kita otak dan pemikiran tetapi kita salah gunakan kita tentu susahkah...kita manusia ditakdirkan untuk bertukar pendapat tetapi kalau kita salah memeilh orang kitatentu ........(takkan Serius)
ha ha ha ... eik....silap tajuk saya ni..

oklah pendapat kita beza lah macam mna tu saya pun tak tahu mana lagi nak cakap kalau cakap nanti panjang pulaemail ni...bagus takm payah cakap okk... yang penting pendapat kita satu yang keluar dari ...... APA otaklah.... kau ni takkan tak tahu.. terima kasih kerna udi blas mail saya ni... ohh ya macam mana nak ke likas aya ni tak tahu jalan nak kesana tapi boleh lah kalau kampung 2*.. samapai jumpa dalam telefon ok..

me......0168494540
ponlah kau mni

MEMBERKATIU.. SELALU...
bro....erick

p\s lain kali jangan guna nama bro tu malulah... faham faham lah kau ni..bye.....


__________________
gidong

Date:
Penampilan
Permalink   


Hi Eric and Lopak, jumpa lagi ya kita dialam maya ni (internet) he he...

Eh Bro. Eric buat apa marah sama org, kita masing2 punya pendapat dan pendirian masing2 bah kan... So apa pun pendirian kita saya menghormatinya ... Kenapa malu di panggil Bro.

"Siapa malu mengakui AKU dihadapan manusia, AKU juga tidak akan mengakuinya dihadapan BAPAKU yang disorga" ini firman Tuhan ... kikikik... jan mara ya Bro.. saja

Hmmm.. Lopak.. memang penampilan itu Penting dan mesti kena pada tempatnya tapi maksud saya disini ialah Penampilan mana pun yang kita pilih, itu tidak akan mempengaruhi bagaimana JIWA kita diselamatkan kerana hanya DARAH Yesus saja kita beroleh keselamatan..

mengenai hal talam dua muka, itu adalah kenyataan dan FAKTA org zaman ini, MEMANG ada org talam dua muka. Depan kita OK saja tapi dibelakang belum tentu.. hehe
Ini bukannya menghakimi but sebagai satu pengetahuan, coz tidak ada lagi manusia yang sempurna selain YESUS. So bila kita memakai pakaian yg tidak sealiran dengan fesyen org lain, itu bukan mengada-gada tapi itulah fesyen yg kita sukai mengikut naruli masing2 kan. macam juga kalau saya makan sasau tapi kawan saya tidak makan walaupun ianya tdk dilarang... heuheh

See Ya... Tetap bersemangat bagi kemuliaan YeSuS !




__________________
Lopak

Date:
Hem...
Permalink   


Yaa....,
Bagi pendpt diri sayalah..........,saya rasa penampilan diri seseorg itu ptg juga tau....,kenapa saya cakap mcm itu.....,sebab apa yg keluar dari penampilan diorg itu, itulah sebenarnya diri mereka..., takkan talam duaa muka kot !! heee,( i'm so sorry ), hal ini kerana ka-kadang...., ada yg tidak suka temgok dgn penampilan yg tidak menghormati org lain. Kita perlu jgn mengada-ngada.


__________________
YoKu

Date:
:)
Permalink   



Menarik juga topik ini ye... Hmm... rasanya setiap orang mempunyai pandangan masing-masing tentang topik ini.Bagi saya, sesuatu yang kita lakukan seharusnya untuk kemuliaan Bapa di Sorga bah kan. Rasanya setiap kita ingin sentiasa berpakaian kemas, tapi ada juga yang sebaliknya (biasalah manusia macam ragam)...dan tentang pakaian, terutamanya ke gereja..terpulang dengan niat dan hati seseorang individu sama ada semua itu dilakukan untuk DIA atau sebaliknya...kita tidak boleh paksa seseorang untuk mengikuti sesuatu standard piawai, misalnya pemakaian kan?.. Kita ambil contoh yang mudah, selain daripada berpakaian seksi... Cuba bayangkan seseorang yang betul-betul ikhlas untuk pergi berbakti dalam sesuatu kebaktian tetapi tidak mampu untuk berpakaian seperti dalam standard kebiasaan (ini selalu berlaku di kampung pedalaman yang ada anggotanya kurang berkemampuan)..takkan kita paksa mereka untuk mengikuti standard pemakaian kita kan?..
Dan...berbalik kepada isu pakaian seksi...hmmm..mereka yang memakai pakaian seperti itu saja yang tahu kenapa mereka berpakaian seperti itu..mungkin untuk keselesaan atau sebaliknya...siapa yang tahu kan..
Tapi...sia rasa..teda la bah orang yang pergi berbakti kpd Tuhan dengan pakaian yang terlampau seksi dan menjolok mata sampai kalah-kalah artis kan, paling-paling mini skrit dan baju sleeveless. Tp nda tau lah pulak...kalau ada tu.... allammuallam...la. :)
Hmm...panjang lah pulak opinion sia ni...sori ye...menyibuk sikit.:)

p/s:...appearance sometimes tell other about our personality..even though we denied it.. But it has at least tells a bit about ourselves.:)
But don't worry... God knows everything about human hearts..coz sometimes human don't even know about their inner heart. ONLY GOD KNOWS

GOD BLESS US!



__________________
Orang Kita

Date:
Geramnya aku...
Permalink   


Memang kecenderungan orang yang mengaku bertuhan dan beragama selalu menilai orang lain samaada dari penampilan dan gaya hidup seseorang, TETAPI belum tentu diri sendiri tu sempurna BEB ! lagipun kita bukan dinilai dari LUARnya tetapi dalaman tu yang menentukan ....... hahahahhahaha memang inilah ragam manusia yang berpegang pada adat istiadat dan ritual agama .....




__________________
StranGeR

Date:
Penampilan tdk membawa kita keSORGA
Permalink   


Huh ini memang TAURAT MODEN, pakai ini kena komen, pakai itu kena komen, GEREJA memang dah ketinggalan zaman tul lah....... huh...



__________________
ghost_not3

Date:
Penampilan ...
Permalink   


P3nAmpilAn


Pernah ada saya terdengar orang berkata begini “ Saya berambut panjang kerana Yesus pun berambut panjang bah..” adakah kebenaran nya? Apakah penampilan yang dinamakan penampilan seorang kristian?

Emm…saya tidak mau mempersoalkan rambut Yesus yang panjang…pakaian-Nya yang simple dan tidak indah…apa yang saya ingin kita renungkan adalah apa yang Yesus telah lakukan selama hidupNya di bumi. Dia hidup sebagai manusia biasa…Dia adalah Anak Allah yang Maha tinggi…namun Dia sanggup turun ke dunia..menjalani kehidupan seorang yang tidak terhormat padahal Dia layak untuk memerintah sebagai raja di bumi ini. Dengan kehidupan yang simple dan sederhana, Yesus berjaya dalam misinya…untuk membawa berita sejahtera dan injil keselamatan kepada org di sekeliling-Nya dan akhir daripada misi-Nya di bumi ialah Dia harus mati di kayu salib. Coba kita bayangkan...sekiranya kita wujud/lahir di zaman Yesus..berapa banyak kah di antara kita yang akan mempercayai bahawa Dia adalah mesias yang dinubuatkan oleh para nabi? Adakah kita akan mempercayai-Nya berdasarkan penampilannya yang cukup sederhana jika dibandingkan dengan guru2 agama pada waktu itu?

Mengapa ada diantara kita yang mengutamakan penampilan? Menyenangkan hati sendiri? Mau menerima pujian? Mau diterima dalam masyarakat? Menyenangkan hati manusia atau menyenangkan hati Tuhan? Jawab persoalan ini sebelum membaca artikel saya secara lanjut….sudah menjawabnya?

Ada satu kenyataan yang selalu disebut2 oleh orang…kenyataan itu berbunyi seperti ini “ Penampilan kita menunjukkan keperibadian kita” pernah dengar kenyataan seperti ini? Saya tidak menolak kebenaran akan kenyataan tersebut namun saya tidak akan berpegang teguh kepada kenyataan tersebut. Bagi saya, dalam keadaan dunia sekarang, penampilan bukannya menunjukkan keperibadian sebenar seseorang itu, sebaliknya penampilan “menyembunyikan” keperibadian seseorang itu. Nah, saya tau ada yang tidak setuju dengan kenyataan saya tadi namun ini hanyalah pendapat saya semata-mata berdasarkan pengalaman saya selama ini.

Tatu, adakah tatu diperbolehkan bagi orang kristian? Jawapan saya…YA dan TIDAK. Mengapa YA? Saya mengenal seorang peribadi yang baru mengenal Tuhan selama beberapa tahun…di belakangnya ada satu tatu naga yang besar..cantik…ada nilai kesenian. Namun, dia memakai tatu SEBELUM dia menerima Tuhan. Nah, kehidupannya sebelum mengenal Tuhan benar2 hancur…jauhhh dari Tuhan...waktu di Tanya kenapa dia ingin memakai tatu…jawapannya… “hanya untuk suka2” …bagi saya, saya tidak ada apa2 masalah dengan orang yang memakai tatu SEBELUM dia menerima Tuhan. Apabila kita bertobat, kita akan meninggalkan manusia lama dan menjadi manusia baru…menjadi ciptaan yang baru. Apakah kita harus menyuruh seseorang itu untuk menanggalkan tatu nya barulah dia dapat masuk ke dalam gereja? Apakah seseorang itu harus menanggalkan tatunya barulah dia dapat masuk ke syurga? Taukah anda semua…sakit untuk memakai tatu dan SANGAT sakit untuk membuangnya...secara teknikal, tatu ini melibatkan “dakwat khusus” yang dimasukkan ke dalam kulit dengan menggunakan jarum…jadi, untuk membuang tatu, kulit tersebut harus dibuang…jadi bagaimana sekarang? Adakah kita harus menyuruh mereka membuang tatu mereka? Saya percaya tiada yang sanggup...jadi..let it be like that. Bagi mereka yang ada tatu SEBELUM menerima Tuhan…mohon pengudusan dari Tuhan..berdoa agar apa pun corak/pattern tatu anda, ianya tidak ada kuasa atas hidup anda lagi.

Mari saya bawa kita merenung sejenak Imamat 19:28 “Janganlah kamu menggoresi tubuhmu kerana orang mati dan jangan merajah tanda-tanda pada kulitmu;Akulah Tuhan” seterusnya Imamat 21:5 “…janganlah mereka menggoresi kulit tubuhnya” jelas sekarang bahawa firman Tuhan mengatakan bahawa kita tidak diperbolehkan untuk “merajah” tanda-tanda pada tubuh kita…mengapa? Taukah saudara bahawa men “tatu” badan melibatkan pengeluaran darah? Emm…tidak perlu saya jelaskan dengan lebih detail di sini..saya ada membaca beberapa artikel mengenai “the art of tattoo”… berhati-hati apabila anda menatu badan anda...setiap lambang membawa maksud yang tertentu…setiap lambang2 yang ada di kedai tatu ada maksud tertentu…berhati-hatilah…apalagi dengan orang yang menatu badan anda...tidak mustahil kalau dia menggunakan darah anda untuk tujuan tertentu. Mustahil? Percayalah kerana saya sendiri telah membaca artikel tersebut. Nah, bagaimanapun, pasti ada yang mengatakan bahawa kita hidup dalam perjanjian baru…benar…tapi apakah kita akan mengabaikan perjanjian lama? 10 hukum rohani terdapat di perjanjian lama…apakah kita akan mengabaikan nya?...so macam mana sekarang?

Memang tidak disangkal bahawa memiliki tatu adalah trend/fashion dunia pada zaman ini…secara jujur, saya sendiri berkeinginan untuk memiliki tatu namun saya belum mendapat alasan yang kukuh untuk memakai tatu. Adakah perlu untuk memakai tatu? Nah, bagi muda mudi yang memakai tatu SELEPAS mengenal Tuhan…saya ingin bertanya, mengapa anda memakai tatu? Fashion? Adakah anda yakin bahawa tatu anda tidak membawa maksud apa2 (lambang tatu yang berkaitan dengan penyembahan berhala dll)? Pasti ada yang menjawab “saya memakai tatu untuk tujuan penginjilan”…benar? Nah...saya tidak menghalang semua itu…sekiranya anda sudah memiliki tatu…silahkan..saya tidak akan menyuruh anda mengoyakkan kulit anda dan membuang tatu tersebut...berdoa agar tatu itu tidak “menajiskan” tubuh anda (maaf sekiranya kasar bahasa)…terdapat satu ayat yang ingin saya highlight kan 1 Korintus 10:23 “Segala sesuatu diperbolehkn”. Benar, tetapi bukan segala sesuatu berguna. “segala sesuatu diperbolehkan.” Benar, tetapi bukan segala sesuatu membangun”… sekiranya kita memakai tatu untuk tujuan penjangkauan…apakah kita HARUS memakai tatu untuk menjangkau jiwa2 baru? Sekiranya anda berkeyakinan bahawa anda dapat menarik jiwa2 baru kepada Tuhan dengan memakai tatu…silakan…saya yakin kita dapat melihat buahnya.

Seperti yang tertulis di dalam firman Tuhan “Demikianlah setiap pohon yang baik menghasilkan buah yang baik, sedang pohon yang tidak baik menghasilkan buah yang tidak baik…….jadi dari buahnyalah kamu akan mengenal mereka” Matius 7:16-20…apapun bentuk penjangkauan yang ingin anda lakukan…lakukanlah untuk Tuhan dengan hati yang tulus dan percayalah, buah yang baik akan terhasil dari pokok yang baik...adakah kita menghasilkan buah bagi Tuhan?

Secara kesimpulannya…pendapat saya mengenai tatu, saya tidak menghalang tetapi adakah kita benar2 memerlukannya? Fikirkan secara masak2...

Bagaimana pula halnya dengan mewarnakan rambut / memakai anting2(bagi lelaki)….boleh atau tidak? Alkitab tidak menyatakan bahawa kita tidak boleh mewarnakan rambut (saya rasa “dye”/pewarna rambut belum ada pada zaman itu)…mengenai anting2 bagi para lelaki pula…dalam alkitab ada menulis sedikit bahawa seorang hamba pada zaman dahulu memakai anting2. Ada satu kenyataan begini “memang memakai anting2 itu tandanya kita seorang hamba…kita kan semuanya hamba Tuhan…” emm…saya kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kerana bagi saya…mewarnakan rambut dan memakai anting2 pada zaman sekarang ini adalah satu trend/fashion…ada tertulis dlm Roma 12:2 “janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini…” saya pasti bagi kalian yang memakai anting2/mewarnakan rambut/dsb pasti pernah ditegur dengan menggunakan ayat ini…saya sendiri pernah. Kalau kita tidak boleh menjadi seperti dunia…jadi, penampilan yg bagaimana kah yang melambangkan kita anak Tuhan? Berpakaian kemas? Dunia juga berpakaian kemas…setiap urat benang yang ada pada badan kita adalah dari dunia, produk dunia…so, kalau kita mengatakan “janganlah kita menjadi serupa dengan dunia” bermaksud kita harus memakai pakaian yang tidak sama dengan dunia...emm…pakaian apa juga tu? Jadi persoalannya bagaimana sekarang? Cuba kita baca sekali lagi ayat tersebut ayat 2 “Janganlah kamu menjadi s erupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna.” Firman Tuhan mengatakan agar kita tidak menjadi serupa dengan dunia…benar…tetapi firman Tuhan juga mengatakan “Tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu” …..bermaksud kita harus berubah dari segi pemikiran kita…bukan hanya berubah dari segi luaran..tapi pemikiran juga. Apa yang dimaksudkan dengan “janganlah kamu serupa dengan dunia”? ini bermaksud kita tidak harus menjadi seperti dunia yang penuh dengan sifat2 kedagingan, kecemaran dan hawa nafsu…bukannya berpenampilan seperti dunia…kerana saat inipun kita berpenampilan seperti orang yang hidup di dalam dunia…jadi yang penting bukanlah penampilan semata-mata…tetapi kita tidak mengambil nilai2 dunia yang penuh dengan dosa…dan pada masa yang sama kita mengubah cara pemikiran kita...tidak berfikir seperti pemikiran dunia.

Dalam Matius 13:10-17…murid2 Yesus bertanya kepada Yesus mengapa Dia berkata-kata kepada orang ramai dengan perumpamaan. Tuhan menjawab murid-muridnya “kepada mu diberi karunia untuk mengetahui rahasia Kerajaan Sorga, tetapi mereka tidak”…kita sebagai murid Kristus yang telah dimerdekakan seharusnya bersyukur kerana kita diberikan karunia untuk mengetahui rahasia kerajaan sorga tidak seperti dunia yang: ayat 15 “sebab hati bangsa ini telah menebal, dan telinganya berat mendengar, dan matanya melekat tertutup…” begitulah keadaan dunia dan kita yang dahulunya sebahagian dari dunia telah dibeli oleh bapa dengan darah Yesus yang tercurah di kayu salib tidak seharusnya kita menjadi serupa dengan dunia kerana apabila kita memperbaharui pemikiran kita, kita akan mengetahui rahsia Kerajaan Sorga seperti yang dinyatakan oleh Tuhan.

Belum pernah saya membaca ayat di dalam firman Tuhan yang menyuruh anak2 Tuhan untuk mengubah penampilan mereka sebaik sahaja mereka menerima Tuhan. Tuhan tidak melihat penampilan kita...yang Dia mau adalah hati kita…seluruh hidup kita. Kita tidak boleh menipu Tuhan dengan penampilan kita kerana Tuhan melihat jauh ke dalam hati kita.

Ingat dan sedarlah bahawa Tuhan datang ke dunia untuk mereka yang sakit (Matius 9:12-13 , 18:11)… kita yang telah disembuhkan oleh Tuhan WAJIB meneruskan pekerjaan-Nya selagi kita berada di dunia…pergi dan kabarkanlah injil keselematan kepada mereka yang “sakit” yang tiada berpengharapan. Janganlah injil itu dibatasi dengan penampilan semata-mata.

Bagaimana halnya dengan orang yang memakai anting2…berpakaian rugged dan berambut panjang dengan alas an untuk menjangkau jiwa2 baru bagi Tuhan? Mari kita baca Matius 10:16 “Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ditengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati ”. Nah, Tuhan sendiri mengutus kita untuk masuk ke dalam kawanan serigala (dunia)…bermaksud kita di suruh pergi ke tengah-tengah orang2 yang bukan percaya. Dan bagaimanakah kita dapat memberitakan injil keselamatan kepada mereka? Kita harus cerdik seperti ular tetapi tulus seperti merpati…bermaksud..kita kelihatan seperti dunia, tetapi memiliki hati yang tulus dan murni. SEPERTI dunia…tetapi BUKAN dunia. Inilah yang membezakan diri kita, anak2 Tuhan, dari dunia ini. Kita boleh saja berpenampilan seperti dunia…rambut panjang, dye rambut..pakai anting2…pakai jeans yang koyak dsb…tetapi yang membezakan kita dengan mereka adalah isi hati kita dan cara pemikiran kita.

Pernahkah anda menonton filem penyiasatan? Dalam kebanyakan filem penyiasatan, seorang ejen akan dihantar untuk mengintip kegiatan musuh...bagaimanakah ejen tersebut dapat masuk ke kawasan musuh? Dengan “menyamar”…dia mungkin memakai pakaian yg sama seperti musuh, berbicara dalam bahasa yang sama seperti musuh tetapi dia BUKAN sebahagian daripada musuh. Anda dapat menangkap maksud saya? Nah, apabila kita sudah masuk ke dalam kawanan serigala (dunia) biarlah kita bercahaya dan menggarami orang2 disekeliling kita (Matius 5:13-16) melalui kesaksian hidup kita yang takut akan Tuhan…itu yang utama.

Bagaimana halnya dengan penampilan yang seksi dikalangan perempuan? Hmmm…mintalah hikmat dari Tuhan untuk membezakan penampilan mana yang dikatakan seksi / tidak…adakah dengan hanya memakai seluar pendek itu seksi? TIDAK…adakah memakai seluar pendek yang benar2 pendek itu seksi? YA...so, anda sendiri tau membezakan antara seksi dan tidak…janganlah buat2 tidak tahu…dalam kebebasan kita berpenampilan kita harus tahu tempat yang sesuai dengan penampilan yang sesuai. Contohnya, bagi anda yang masih bersekolah di sekolah menengah, jika anda pergi ke kelas..adakah anda akan memakai anting2(bagi lelaki) ke kelas? Sudah tentu tidak kan? Walaupun ianya merupakan fesyen anda dari dulu…sudah tentu anda tidak memakai anting2 ke kelas kerana ia melanggar peraturan…jadi, semuanya harus tepat pada keadaan, tempat & masa yang sesuai.

Bagaimana halnya dengan penampilan/cara hidup kita yang boleh saja menjadi batu sandungan bagi orang lain? Dalam 1 korintus 8:9 mengatakan “tetapi jagalah supaya kebebasanmu ini jangan menjadi batu sandungan bagi mereka yang lemah” pasti anda pernah membaca ayat tersebut, mengapakah rasul Paulus menegaskan bahawa janganlah kebebasan itu menjadi batu sandungan kepada org lain? Ini kerana memang jelas pada waktu itu dan sampai sekarang pun, kita tidak sehaursnya makan makanan yang sudah dipersembahkan kepada berhala kerana tidak ada berhala di dunia dan tidak ada allah yang lain dari Allah kita. Dalam ayat ini rasul Paulus memberitahu jemaat di Korintus perihal makanan yang dipersembahkan pada berhala…adakah kita boleh menyamakan “makanan” dengan “penampilan” ? seperti yang disebutkan tadi…SANGAT jelas kepada kita semua bahkan dalam firman Tuhan sendiri mengatakan bahawa tidak boleh makan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala...nah, itu adalah satu kesalahan yang jelas…bagaimana dengan penampilan? Adakah penampilan tertentu yang benar2 diharamkan? Adakah penampilan tertentu yang SANGAT jelas di larang di dalam alkitab? Emm…mungkin saya agak keterlaluan di sini..namun apa yg saya ingin kita sedar adalah, segala-galanya perlu hikmat...tau lah membezakan penampilan yang seperti apa yg boleh/tidak boleh… saya yakin kita semua sudah dewasa dan tau untuk berfikir & menghormati orang lain…ingat, masih ada anak2 Tuhan yang lemah & masih belum terbuka dengan hal2 seperti ini…hormatilah mereka.

Percaya atau tidak, isu penampilan seperti ini telah dipersoalkan dari dahulu lagi. Jadi bagaimana sekarang? Bolehkah kita sebagai orang kristian memakai anting2/warnakan rambut/bertatu? Boleh dan tidak…itulah jawapan saya…sekiranya anda menganggap nya sebagai satu fesyen semata-mata…sila kan…tetapi seandainya anda merasa tidak tenang/serba salah apabila memakai anting2/rambut berwarna…nasihat saya, sebaik-baiknya hentikan. Bagi saya, kita sebagai anak2 Tuhan yang sudah mengenal dan merasakan kasih-Nya harus mengasihi sesama kita…kasih Tuhan melebihi segala sesuatu…kasih Tuhan tidak melihat latar belakang kita…kasih Tuhan tidak melihat jauh ke dalam hati kita...apakah kita benar2 memiliki kasih yang sejati dari Tuhan? Jika ya, seharusnya kita menjadi seperti Yesus…menerima setiap orang apapun penampilannya/latar belakangnya…apapun kelemahannya…kita harus terima..pada akhirnya setiap orang akan bertanggungjawab dengan apa yang telah mereka lakukan. So, hormatilah satu dengan yg lain..hormati fashion taste satu dengan yang lain...jiwa dan hati yang rindu pada Tuhan itu lebih berharga dari penampilan luaran seseorang. Janganlah menghakimi…sebaik-baiknya janganlah menghakimi.. “Terimalah orang yang lemah imannya tanpa mempercakapkan pendapatnya”..ayat 1. “Tetapi engkau, mengapakah engkau menghakimi saudaramu? Atau mengapakah engkau menghina saudaramu? Sebab kita semua harus menghadap taktha pengadilan Allah….demikianlah setiap orang di antara kita akan memberi pertanggunganjawab tentang dirinya sendiri kepada Allah” Roma 14 : 1, 10 - 12

Akhir kata, bukanlah tujuan saya untuk membandingkan2 ayat2 firman Tuhan/memperdebatkan ayat2 firman Tuhan…semuanya ini sebetulnya tidak akan mendatangkan masalah kalau kita melihat setiap orang seperti mana Tuhan Yesus melihat setiap orang. “Ku mau s’perti Mu Yesus, disempurnakan s’lalu, dalam setiap jalan ku, memuliakan nama-Mu” …kawan2 semua, kita bisa saja berpenampilan seperti kawan2 kita yang belum mengenal Tuhan, namun kita semua wajib menghasilkan buah bagi Tuhan...ingatlah, pokok yang baik hanya dapat dikenal dari buahnya..kalau sekadar pokonya saja cantik tetapi tidak menghasilkan buah…sia-sia saja kan? Biarlah kita berbuahkan kasih, sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, kelemah lembutan, penguasaan diri…Galatia 5 : 22-23…”dan janganlah kita gila hormat, janganlah kita saling menentang dan saling mendengki” ayat 26.

Saya tidak menganggap saya benar sepenuhnya…namun inilah yang saya pegang dalam hidup saya dan pelayanan saya. Saya ingin hati saya, tubuh roh dan jiwa saya menjadi persembahan yang kudus dan berkenan di mata Tuhan dan bukan sekadar bungkusan hadiah yang indah dari luar namun tidak mengandungi apa2. Artikel ini hanyalah pendapat saya semata-mata…saya beraharap agar pendapat saya ini dapat membuka minda pemikiran kita dan dapat memberkati. Tuhan memberkati… :) maaf kalau artikel ini agak panjang… :)



__________________
gidong

Date:
Shalom ghost_not3
Permalink   


Saya ingin memberi sedikit pendapat saya mengenai apa yang anda telah SHARING untuk semua, terima kasih atas pandangan anda kerana dengan ini kita dpt mengetahui pandangan masing2 mengenai penampilan seseorang,

ghost_not3 (Wagner) seperti yg telah anda berikan mengenai TATOO, saya tidak mau mengatakan YA dan TIDAK tetapi saya mau mengatakan pada semua samaada nak bertatu atau tidak, ini jawapan saya : TERPULANG.

Sekalipun ianya cuma untuk fesyen dan tdk berkait langsung dengan cara menjangkau kelompok tertentu spt "underground". Tetap TERPULANG, kerana bagi saya ianya tdk membawa makna lebih dari makna sebuah aksesori dan kecantikan, TETAPI kita harus yakin yang kita tidak memasukkan elemen lain seperti membaca mantera pada jarum tatu ataupun hal-hal mistik lainnya yg boleh iblis gunakan untuk mengambil teraju YESUS dlm hidup org tersebut (yg di tatu) dan juga harus di ingat SIAPA org yg melukis tatu itu, kalau nak buat tatu lebih baik buat sendiri.... NAMUN sekali lagi saya ingin tekankan disini LEBIH BAIK JANGAN BERTATU, sebab masih banyak alternative lain untuk kelihatan rugged selain dengan cara ini (tatu).

Namun kalau akhirnya ada juga yg membuat tatu, ANDA tidak pernah begitu saja diTOLAK oleh ANUGERAH dan KASIH YESUS yang tertumpah dikayu salib 2000 tahun yg lalu hanya disebabkan oleh tatu anda. Sebab kecenderungan gereja masa kini dengan BANGGA dan YAKINnya MENOLAK golongan2 seperti ini hanya kerana tdk kelihatan rohani.. SEkali lagi, keselamatan tidak berkisar mengenai penampilan seseorang tetapi berkisar mengenai CUKUP CANTIKKAH sudah pribadi kita, hati kita, fokus kita dihadapan TUHAN.

Mengenai ayat yg terdapat diimamat 19:28, ini pendapat saya : jangan kita mengambil sebahagian sahaja ayat dari satu PASAL yang panjang dan memadankannya dengan apa yang cuba kita utarakan agar KELIHATAN saling menyokong, mengambil dan mengabaikan sebahagian dari FIRMAN Tuhan adalah KELUAR dari KONTEKS asalnya. Sila juga baca dalam pasal tersebut yang mengatakan bahawa "KITA TIDAK BOLEH MENCUKUR TEPI RAMBUT DAN JANGGUT KITA, JUGA KITA TIDAK BOLEH MEMAKAI BAJU YANG DIPERBUAT MELEBIHI SATU BAHAN" terus terang, Pada zaman YESUS pun mereka bahkan ahli TAURAT memakai pakaian yang diperbuat dari bahan yg berlainan dari songkok, jubah, hinggalah kekasut, apalagi kita yang sedang berada pada ABAD TERAKHIR ini, saya saja memakai kasut getah, talipinggang kulit, baju cotton dan sebagainya, bahkan siapa diantara kita yang masih menyimpan janggut dan tdk pernah mengunting rambut sejak dilahirkan.

Persoalannya KALAU tatu itu TIDAK BOLEH, saya pasti MENCUKUR JANGGUT, MENGUNTING RAMBUT bahkan MEMAKAI PAKAIAN seperti sekarang ini juga TIDAK DIPERBOLEHKAN.

Ini tidak bermakna saya menyokong atau mengesyorkan sesiapa utk bertatu (jauh sekali TIDAK) namun sekadar memberi pendapat kerana diluar sana masih banyak jiwa-jiwa yg bertatu yg harus kita jangkau TANPA DIBATASI oleh tatu, dan jangan hanya kerana tatu mereka tdk berkesempatan utk menerima KABAR BAIK dan INJIL KESELAMATAN. Bah kita akan lebih terjerumus kearah MENGHAKIMI dengan melabelkan yang ini BOLEH dan yang itu TIDAK BOLEH.

Dan yang pasti seperti yg ghost_not3 ambil dari 1 korintus, apakah yg kita lakukan itu membangun ataupun tidak. Apakah ia membawa berkat ataupun tidak.

AKHIR sekali :

ALKITAB TIDAK DIBERIKAN SEBAGAI SEBUAH BUKU TEKS MELAINKAN SEBAGAI SEBUAH BUKU UJIAN. KITA SEHARUSNYA TIDAK MENCARI SESUATU TEKS BUKTI ATAS SEGALA SESUATU YANG KITA LAKUKAN, MELAINKAN MENJAGA HIDUP KITA SESUAI DENGAN STANDARD ALKITAB DAN MENGUJINYA. SEKIRANYA KITA MELAKUKAN YANG SEBALIKNYA, BERMAKNA KITA TIDAK MEMPUNYAI IMAN YANG HARUS ADA PADA ORANG PERCAYA.

SO PENAMPILAN ANDA TERPULANG KEPADA ANDA.





__________________
gidong

Date:
tertinggal
Permalink   


PASTIKAN SAMA ADA HATI KITA TELAH DITATU DENGAN DARAH YESUS.






__________________
kakang

Date:
RE: Penampilan diri orang Kristen
Permalink   


tumpang serita,


bila sia baca topik ini, sia teringat nenek datuk saya hinggalah bapa dan mak saya, termasuk adik-adik sia  yang total terkeluar dari keindahan seorang kristian dalam apa saja penampilan. kami bukan lahir dalam keluarga kristian termasuk sia. tetapi sangatlah saya kasihi. sia harap Tuhan lebih mengasihi mereka. tapi bila sia tengok mereka secara sungguh manusia mereka sungguh realiti dalam kehidupan manusia mereka tidak berpura-pura dalam hal tanggungjawab sosial dan ekonomi.


mungkin salah satu yang terindah dalam pelayanan ialah mendekati para remaja yang bermasalah secara realiti. mungkin lebih bererti dari kotbah yang luarbiasa dan puji-pujian luarbiasa dalam dewan bangunan gereja.


lihat keluarga-keluarga kristian yang jatuh, hancur dan berkecai... lihat beberapa orang mereka adalah buta agama.. mereka datang melawat dan berkomunikasi biasa.. bisa menghibur keluarga hancur itu untuk bangkit lagi.


kemanakah perginya orang bijak pandai agama? hanya di mulut!



__________________
gidong

Date:
Permalink   

Shalom kakang, terima kasih atas posting yang sungguh memberkati ...

Seperti yg kakang katakan yg keluarga anda TOTAL terkeluar dari keindahan seorang kristen dalam hal penampilan... INGATlah bahawa TUHAN tidak menolak mereka sekiranya mereka mau menerima ANUGERAH KASIH KESELAMATAN dari DIA, penampilan mereka bukan hal yg terbesar sehingga mengHALANG mereka untuk sama2 masuk kedalam kerajaan ALLAH. Apapun penampilan mereka ketahuilah bahawa bukan itu yang TUHAN perhitungkan tetapi apa yang HATI mereka perlukan, dan apakah mereka mau mengenali KASIH YESUS yang tiada batasnya ...

Saya setuju dengan anda bahawa kita harus mendekati remaja (malah siapapun jua) agar dapat membagikan berita BAIK kepada mereka juga yang YESUS mengasihi mereka sepertimana DIA mengasihi kita.

Yg terakhir tu .. hmmm bijak pandai agama ??? adakah org seperti itu ??? kalau hanya dimulut hmm berlambak ...

So kakang dah mula pelayanan mendekati remaja ??? kalau belum mula sekarang ya ...




__________________
kakang

Date:
Permalink   

tq,


janganlah lihat bijak pandai agama ini yang aktif malayani di gereja saja....


semua manusia masing2 beragama! tiada satupun mayat yang dibiarkan tanpa di sembahyang menurut agamanya.


orang kristian yang jarang ke gereja lah lebih banyak berkotbah, mereka berkotbah selama 7 hari dalam seminggu.


seperti para ahli politik, para ketua kampung, mahkamah, ramai orang kristian.


yang seringkali kita dengar pengajaran mereka melalui lagu-lagu sindiran yang menyedarkan perangai si janda, perangai sumandak, perangai pemabuk dan sebagainya yang membuktikan KISAH ini ada dalam masyarakat kita.


apa yang mereka cakap memang benar. minda mereka ada unsur agama atau ajaran gereja.


bagi yang di dalam gereja selalu, jangan fikir mereka ini 24 jam dalam gereja. mereka terpaksa keluar menghadapi REALITI KEHIDUPAN iaitu  menjadi sebahagian daripada masyarakat seperti kisah di atas.


DAN penampilan itu mungkin sama saja...



__________________
gidong

Date:
Permalink   

hmmmm lex ko kakang ..

Ya sapa cakap org yg selalu d gereja tu BIJAK PANDAI ???

MENURUT FIRMAN TUHAN, KITA SEMUA ADALAH SAMA, HARGA KITA SAMA IAITU DARAH YESUS YANG TERTUMPAH DIKAYU SALIB BAGI SEMUA DAN BUKAN SEBAHAGIAN..

CUMA kita HARUS INGAT, bahawa mereka (PELAYAN SEPENUH MASA) spt. pastor, pendeta, paderi MEMPUNYAI TANJJUNGJAWAB yang berlainan dgn kita yang tak "komitmen" secara lahiria 100% pd pelayanan TUHAN. oleh satu saja yg membezakan kita dgn mereka iaitu TANGGUNGJAWAB ...

But jangan pula sangka tanggungjawab kita tdk lebih besar dgn mereka , SAMA saja iaitu memberitakan BERITA GEMBIRA keseluruh dunia, semua bangsa ... cuma secara LARIHRIAnya berbeza "tanggungjawab"..

__________________
alya

Date:
Permalink   

Hai...boleh joint?...boleh tidak?...kalau malas mau baca komen panjang2 (panjang ni tau)...lebih baik cakap awal2, “ TIDAK BOLEH JOIN...BUDAK-BUDAK PIGI MAIN JAUH-JAUH..."...Hahahaha...

Hmmmm, u know friend, komen-komen dalam topik ni betul dahsyat..masing2 ada 'sengat'nya, dan saya harap 'sengat' itu lah yang akan membina, menegur dan mendorong kita untuk lebih memahami kehendak Tuhan dan melakukan kehendak-Nya itu...saya rasa semua kita (pembaca dan peserta dalam ruangan forum inilah )tahu bahawa sebagai Kristen yang percaya Tuhan Yesus dan mengasihi-Nya tugas dan peranan kita setelah kita dicipta, salah satunya ialah MENJADI TERANG DUNIA...

Nah, sebagai org Kristen, Tuhan sebenarnya mahu mempercayakan 'amanah'-Nya kpd kita untuk kita lakukan....Sebab, Tuhan tidak mahu kita ada dan hidup di dunia ini hanya sekadar menjadi penghuni yang tidak tahu hujung pangkalnya mengapa kita wujud (dalam bentuk manusia) dan juga tidak tahu bahawa ada satu lagi 'KEHIDUPAN KEKAL' selepas kematian fana kita di bumi...’kehidupan kekal’ di sini ada dua sahaja iaitu 1) HIDUP kekal (anugerah Allah) di sorga dan tidak akan sakit atau mati lagi. 2)HIDUP kekal (atau mungkin boleh disebut 'mati') iaitu KEKEKALAN jiwa di neraka, dan penderitaan di sana tidak akan berakhir sehingga bila2 pun, malah tidak ada sesiapapun yg akan dapat mengeluarkan jiwa-jiwa dari situ...

Nah, bercakap tentang topik ini, mungkin anda hairan kenapa tiba2 komen saya di atas muncul pula bahkan menjadi pembuka cerita (pendapat) padahal topik ini adalah tentang penampilan diri orang kristen......

begini,:
SOAL PAKAIAN : Ada org (kristen/bukan kristen) yg benar2 menitik beratkan soal pakaian dan ada juga yg sebaliknya iaitu tidak mahu ambil kisah tentang pakaian itu…Sebenarnya, di sini terlalu banyak faktor yg perlu dipertimbangkan apabila kita memilih sesuatu jenis/standard pakaian …pertama sekali, kita lihat apakah tanggapan atau penerimaan Tuhan ke atas orang2 kristen, iaitu seperti yang kita tahu bahawa TUHAN MELIHAT HATI umatnya dan bukan melihat pakaian…apapun bentuk pakaian kita,
seksi/koyak2/selekeh/kemas/tertutup/atau sebagainya, Tuhan tidak melihat semua itu asal saja hati kita tetap terarah kepada-NYA dan mempercayai –Nya bahawa KESELAMATAN kita berada dalam nama-Nya..iyakan?…so, bagi kita yg sudah memiliki kepastian akan kehidupan akan datang iaitu termasuk dalam senarai nama ke Sorga…teruskan iman dan percaya itu sehingga nafas yg terakhir…kedua, kita perlu melihat di ‘depan, belakang, kiri, atau kanan’ kita dimanapun kita berada (maksud saya, persekitaran kita),siapakah @ bagaimanakah orang2 yang bersama-sama kita dan melihat diri kita.Kita tidak boleh menutup mata atau telinga (sekalipun kita benar2 PERCAYA @ BERIMAN bahwa Tuhan hanya melihat hati kita sebagai jaminan keselamatan ) sebab Tuhan sudah mengamanahkan kita agar menjadi ‘TERANG DUNIA’. Dalam tempat yg gelap, org hanya memerlukan cahaya. Ia mungkin lebih rela tidak makan berhari-hari daripada tiada cahaya sebab setelah ada cahayalah ia sendiri akan bertindak untuk bekerja…ia akan mencari cahaya itu walaupun terpaksa meraba-raba…Begitulah kita, orang akan melihat kita dan jika mereka tidak kenal kita, maka anda tahu, yang pertama sekali diperhatikan adalah dari luar (maksud saya, penampilan), barulah mereka memperhatikan kehidupan dalaman kita termasuk hati, iman dan kepercayaan kita. Misalnya lah, kelompok remaja yg ‘punky’ , rugged, brutal atau sebagainya melihat kita (andaikan mereka tidak mengenali kita), mereka akan perhatikan penampilan kita adakah serupa dgn mereka atau tidak.Sekiranya penampilan kita juga seperti mereka, maka itu menarik mereka utk mendekati dan bergaul dgn kita, sebab mereka rasa kita se’aliran’ dgn mereka.Tapi sekiranya ada kelompok lain yg terdiri daripada orang yg berpakaian kemas,bersih dan teratur(andaikan mereka juga tidak kenal kita), maka pertama sekali mereka juga akan perhatikan dari luar (penampilan dan ekspresi kita),jika kita berpenampilan seperti mereka, maka mereka tidak akan perduli akan hal kita sebab mereka rasa bahawa kita juga adalah seperti mereka dan mereka tidak akan mempersoalkan penampilan kita sebab penampilan sedemikianlah yg mereka sukai, dan biasanya mereka lebih suka jika anak2 mereka bergaul dgn kita…Dari dua faktor ini, peranan kita adalah harus menyeimbangkan dalam dan luar (hati dan kehidupan sehari-hari)…Kita harus pertimbangkan di mana kita berada, dengan siapa kita bergaul dan sebagainya….

SOAL TATU:….sama seperti arak, rokok dan yg sewaktu dgnnya, tatu juga boleh menjadi salah satu cara iblis utk menjatuhkan kita, anda tahu kenapa? Sebab pembuatan tatu melibatkan tubuh kita sehingga masuk ke seisi darah dan daging (melainkan tatu yg hanya berbentuk sticker biasa atau tatu yg bukan ditanam ke dalam daging/kulit). Anda tidak mahu perduli tentang darah dan daging? Eeeiii, jangan…sebab ini adalah bahagian yg mudah sekali dikuasai oleh iblis yg kemudiannya merosakkan fikiran kita…iblis boleh memasukkan roh-roh jahat ke dalam bahan2 yg digunakan untuk buat tatu yang kemudiannya akan ditanam dalam kulit dan darah sehingga fikiran kita juga dikuasai oleh roh jahat didalamnya…..dan dari sinilah, kita akan sukar memfokuskan diri dan menyerahkan sepenuh hati kita kepada Tuhan…(bagi anda yg sudah mempercayakan Yesus Kristus dlm hidup, jangan sekali-kali melakukan tatu ini, sebab ia seolah-olah memberi peluang kepada iblis utk mengawal kita)…NAMUN, bagi orang-orang yg dulunya belum terima Tuhan Yesus (bukan Kristen) dan telah membuat tatu pada badan, pekerjaan roh jahat dalam tatu atau kesan drpd tatu itu sendiri akan dihapuskan oleh Tuhan apabila mereka bertobat, menerima Tuhan Yesus dalam hidup dan meminta agar tubuh mereka dikuduskan dengan darah Yesus…dan tatu yg telah dibuat (sebelum terima Tuhan) hanya tinggal tatu kosong sebab Tuhan sudah menguduskan mereka…kerana, di sini Tuhan melihat penyerahan dan hati orang2 itu terhadap-Nya adakah mereka sungguh2 mahu bertobat dan berubah…

BENTUK PENAMPILAN YG LAIN-anting2 (bagi lelaki), rambut (dye/panjang/punk/head skin @ sbgnya).:.sama seperti pakaian tadi, kita kena melihat pada persekitaran…sebab tidak semua org boleh menerima penampilan tertentu ini….Sebab itu biarlah kita bijak mengendali diri kita agar kita tidak menjadi batu sandungan orang2 disekitar kita sehinggakan tanpa kita sedari, sikap dan penampilan kita menghalang mereka untuk mendekati kita dan mengenali siapakah Tuhan yang sebenarnya kita sembah…

Kenapa saya timbulkan soal KEHIDUPAN KEKAL (neraka @ sorga) dlm komen ini ya?…sebaaaaaab, kita memegang amanah TUHAN iaitu menjadi TERANG DUNIA bagi membawa jiwa2 datang kepada-Nya dgn cara apapun sesuai dgn kehendak TUHAN, sebab TUHAN TIDAK MAHU manusia tidak mengenali-NYA dan tidak tahu TENTANG ROH DAN KEBENARAN. Tuhan mahu agar tidak ada seorangpun yg tidak selamat…Sebab itu, saya kaitkan hal ini dalam topik PENAMPILAN KRISTEN ini sebab ia boleh menjadi alat/faktor yang mampu menjangkau jiwa2 yang belum diselamatkan (dengan mempercayakan Tuhan Yesus dalam hidup kita sehari-hari)…


· bila menjadi ‘ terang dunia’, maka kita sebenarnya bersaksi bagi TUHAN, tapi kesaksian ini tidak hanya disampaikan melalui perkataan (spt pemberitaan injil/khotbah) tetapi juga dalam serba-serbi kehidupan kita. Sebab itu, kita akan diperhatikan oleh orang2 disekitar kita, dan dari sini apa sahaja yg kita lakukan (pancaran kemuliaan Tuhan) akan menjadi teladan bagi sesiapa sahaja yg melihat dan bergaul dgn kita.
· “Seorang abang mampu mempengaruhi fikiran adik-2nya dan boleh membentuk perilaku adik-nya”. Dan dalam aspek kerohanian ini, kita adalah ‘abang’ (yang lebih dewasa dlm pengenalan akan TUHAN), dan orang2 di sekitar (khasnya yg belum kenal Tuhan) adalah ‘adik-adik’, yg memerhatikan kesaksian kita lalu mengenali Tuhan melalui kita.


Bila saya katakan di sini bahawa penampilan itu juga penting, maka saya SEBENARNYA TIDAK BERMAKSUD bahawa: TUHAN AKAN MENILAI KITA SAMA ADA KITA LAYAK MASUK KERAJAAN SORGA ATAUPUN TIDAK DENGAN MELIHAT PAKAIAN/PENAMPILAN KITA…contohnya, jika kita memakai pakaian yg kemas, tertutup aurat, berjubah, bertudung (spt muslim), kulit tidak bernoda (tiada tatu), tidak beranting-anting, rambut ‘original’ dan sebagainya maka Tuhan akan memasukkan kita ke dalam sorga. …ataupun jika kita memakai pakaian selekeh, koyak2, pakai singlet, seksi, pakai anting2 (lelaki), bertatu, rambut panjang/ber’dye’, maka Tuhan tidak akan menerima kita masuk Sorga….tidak..bukan itu maksud saya…..tetapi, maksud saya di sini ialah semuanya itu punya kesaksian tersendiri yg boleh mencerminkan siapa kita sebagai Kristen/ yg percaya Tuhan Yesus…

· Ingat, menjadi ‘ terang dunia’ yang mana kita menjadi kesaksian dunia tentang Tuhan Yesus, maka kesaksian itu tidak terhad melalui kata-kata sahaja, yang boleh menggambarkan / membuktikan hati dan iman kita terhadap Tuhan. Kata-kata tidak akan cukup, (sebab yg tahu hati kita hanya Tuhan ) …tetapi kita perlu gunakan apa yg Tuhan sediakan pada kita untuk menjadi berkat bagi orang lain, sehingga mereka mengenal siapa itu Tuhan.
· Tuhan boleh menyatakan diri-Nya kepada manusia di dunia (khasnya yg belum kenal DIA) begitu sahaja jika DIA mahu, sebab kita tahu bahawa DIA BERKUASA DAN MAMPU MELAKUKAN APA SAHAJA…tetapi, jangan lupa Tuhan tidak akan menutup mata-NYA terhadap apa yg kita boleh lakukan di dunia yg boleh menceritakan KEBENARAN-NYA..Tuhan memakai kita dengan pelbagai cara, dan salah satunya ialah penampilan….

Hmmmm…itu ja lah kawan2….God Bless u all….


__________________
gidong

Date:
Permalink   

hi alya, terima kasih atas komen yang sungguh2 memberkati, komen saya mengenai ni sudah saya berikan di topik "pakaian ke gereja" sebagai respon dari komen anda .... baca saja ya ... kalau saya komen lagi disini ... jadi dua batu jauhnya lagi nanti ...
__________________________________________________

Eh saya ada tatoo lah .. lawanya
Tambah hari tambah YeSuS


__________________
rinkul

Date:
Permalink   

bagi pendapat saya, apa yang anak anak tuhan persolkan semuanya betul dan padat sekali terima kasih atas komen anak anak Tuhan Yesus. Cuma kamurang tidak ingat wah...perkara ini adalah atas teradisi "orang kita" soal nya penampilan diri bah bukan pakayannya yang disure hebo hebo kan, baik penampilan diri. saya secara perbadi. biar lah hanya dekat peribadi yang megenal hati ku tiada yang tersembunyi. biar lah mata ku tertuju kepada Yesus.

__________________
Lopak

Date:
Permalink   

Hahaaa...! si alya sama si go ghost 2 x 5. Pjg idea. bagus2.

__________________
Anonymous

Date:
Permalink   

ngam laitu pakai seksi p church..... kusyuk org lain yg mau sembayang pun blh kacau... bis tgk paha tu ppuan jak....heheh
byk lah org yg nda dpt pahala p sembayang.....


__________________
Anonymous

Date:
Permalink   

Anonymous wrote:

ngam laitu pakai seksi p church..... kusyuk org lain yg mau sembayang pun blh kacau... bis tgk paha tu ppuan jak....heheh
byk lah org yg nda dpt pahala p sembayang.....



Bagus p sembayang d tempat yang bertudung tudung kan hehe

 



__________________
Anonymous

Date:
Permalink   

bagi pendapat saya,penilaian mata kasar kita bukanlah penilaian Tuhan.Ini kerana kita tahu Tuhan itu adalah kasih.Jadi sudah semestinya apa yang difikirkan manusia bukanlah pemikiran Tuhan...blankstare



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard