Post Info TOPIC: Pakaian Ke Gereja
gidong

Date:
Pakaian Ke Gereja
Permalink   


Sebenarnya ini adalah topik UNDIAN di website kelab, tetapi memandangkan ramai yg mahukannya dipublish disini, maka dengan ini saya bawanya keforum ini, semoga kita mendapat manfaat dari perbincangan ini ...

__________________
lontugi

Date:
hmm
Permalink   


Pakaian bukan segala-galanya, kita semua telanjang dihadapan TUHAN, jangan cuba-cuba Prejudis dengan pakaian..



__________________
relax in jesus (natasya alya)

Date:
Cermin Diri
Permalink   


sememangnya sbg manusia , kita punya cara hidup dan cara b'fikir yang tersendiri...Seringkali kita b'fikir bhw pakaian sebenarnya punya nilai dan maksud tertentu namun sebaliknya kita seolah-olah menetapkan bahawa pakaian itu tdk ada nilai @ maksud apa2, hanya sekadar memuaskan hati, menutup tubuh, memenuhi norma sebagai manusia bertamadun yg semestinya berpakaian...tapi, jgn lupa...melalui pakaian yang dikenakan pada tubuh, kita seolah-olah memberitahu orang lain akan siapakah kita yang sebenarnya...kalau kita mahu memberkati org lain melalui kasih (lahir drpd hati kudus dan dipraktikkan melalui perbuatan), mengapa tidak memberkati org lain melalui pakaian?...cuma, jgnlah sampai fanatik..bertindak seadanya & sewajarnya...oh ya, org yang sudah kenal & p'caya TUHAN mungkin sdh kenal nilai peribadi & hati kita, tapi, org yg tdk seiman dgn kita pula sebaliknya.Hal yg mula2 mereka perhatikan dan seterusnya menghakimi kita ialah melalui pakaian & ekspresi muka, pertuturan serta tingkah laku...PERSOALkan ini: " bgmana mungkin kita dpt menarik mereka dan membawa mereka dekat kpd kita, dan akhirnya memberi mereka peluang utk merasai KASIH TUHAN sedangkan pakaian yg kita pakai mampu membuat mereka 'berdosa'?". pernahkah kita terfikir bahawa , kalau mereka cuba menghakimi peribadi kita secara negatif walaupun hanya dengan melihat pakaian dan tingkah laku kita, bukankah kita telah memberi mereka peluang utk menghina KRISTUS, sbb tubuh kita adalah RUMAH TUHAN,dan tingkah laku / pertuturan kita merupakan 'penginjil' bagi TUHAN?...fikirkan...janganlah terlalu berpandangan remah akan satu2 hal...hubungan di antara sesama kita sebagai manusia yg tinggal dlm satu bumbung (langit)adalah seperti tali.Kita mampu menarik org lain kearah kita & org lain juga boleh menarik kita ke arah mereka...apapun yg kita lakukan, biarlah itu dapat memuliakan TUHAN YESUS..bukan untuk kepentingan diri semata-mata...GOD BLESS WE ALL....



__________________
gidong

Date:
Terpulang
Permalink   


Shalom all,

Bagi saya cara seseorang itu berpakaian terpulang kepada citarasa individu itu sendiri, dan tidak semestinya org yg dah benar2 menerima TUhan dan telah lahir baru memakai pakaian tertentu, ia masih BEBAS mengenakan pakaian mengikut citarasanya sendiri, samaada kemas, selekeh, t-shirt, jeans, kot, tali leher dan sebagainya. Dan apabila menyebut kepada memakai pakaian selekeh, kita cenderung mengambil kesimpulan bahawa org tersebut tdk mempunyai nilai2 norma manusia yg sepatutnya .... bahkan seperti komen d atas menyatakan bahawa kita mengambil remeh perkara mengenai hal ini (berpakaian) .... Bagi saya, TERPULANG kepada anda sendiri, sebab dengan menjadi diri anda sendiri sudah cukup untuk menarik org lain untuk mengenali siapa TUHAN anda, dan cuba berselindung dengan pakaian yg anda anggap mempunyai standar tetapi TERPAKSA kerana cuba menghormati perasaan org lain, akhirnya akan menjadikan anda seorang PEMBOHONG dihadapan TUHAN kerana anda bukanlah anda yang sebenarnya....... hmmmm............


__________________
relax in jesus (natasya)

Date:
Kerana kita dan Tuhan adalah satu
Permalink   


pertama sekali, saya ingin minta maaf sebab komen saya yg terdahulu membuatkan anda dan para pembaca salah faham.Sebenarnya, jika anda baca dan hayati apa yg telah saya tuliskan itu, anda akan nampak mesej yg ingin saya sampaikan, itupun jika anda mahu menilai tulisan saya itu dari sudut positif (tentang kenapa saya berkata demikian). Di sini, saya harap agar anda tidak menilainya dari sudut negatif...kerana itu pastinya akan menimbulkan kekeliruan.Baiklah..dari komen yg terdahulu, saya tidak bermaksud bahawa pakaian itu adalah segala-galanya, melebihi iman,kasih dan pendirian kita tentang TUHAN.Semua org tahu,pakaian hanyalah sesuatu yg didapat dilihat melalui mata kasar, dan tidak semestinya dapat menggambarkan hati dan peribadi seseorang..iya kan?( ini ialah dari perspektif diri kita)...tapi, apa yg ingin saya sampaikan melalui komen dahulu ialah dari perspektif org lain...bukankah baik jika kita dapat manyenangkan org lain apabila dia melihat dan bergaul dgn kita?...macam apa yg anda katakan bahawa kita tidak seharusnya menjadi PEMBOHONG terhadap TUHAN semata-mata kerana menghormati org lain....yaaaa, itu memang betul dan saya setuju dengannya...tapi, sila anda baca dan hayati kembali komen saya yg terdahulu...bukankah saya katakan bahawa bila kita mahu bertindak dalam apapun, " bertindaklah seadanya dan sewajarnya, & biarlah apa yg kita lakukan itu dpt memuliakan TUHAN?" ....dalam hal ini, tdk timbul soal terpaksa atau tidak untuk mengenakan sebarang jenis pakaian...itukan TERPULANG pada kita sendiri?...cuma jgnlah sampai menimbulkan keadaan yg tidak baik pada pandangan org lain...jika kita mahu memakai jean (mungkin yg koyak2), t-shirt, skirt, kot, ataupun pakaian lain apapun, itu terpulang pada diri kita masing2, mungkin kita selesa dgn cara kita sendiri, (malahan saya sendiripun jika ke gereja saya hanya simple dan seringkali memakai jean dan sandal biasa-itu kebiasaan saya)...tapi itupun saya perlu memikirkan apakah pandangan org lain yg melihat saya ke gereja tetapi memakai pakaian yg tidak menggambarkan kekristenan saya...di sini, saya ingin share kan dgn anda semua tentang kata-kata seorang teman yg tidk seiman (muslim) pada saya: " si Marie( nama samaran) tu, pergi gerejakan? tapi kenapa kenapa dia pakai blaus seksi (tiada lengan, mcm singlet) dan skirt yg pendek sampai peha?...ada fashion show kah di gereja? atau itu memang dah tradisi org kristen?"...inilah pertanyaan teman saya dan bukankah ini lahir drp first impression mrk terhadap seseorang?..satu lagi pertanyaan teman saya (yg juga muslim)..: " bagi org kristen, berzina (seks sblm kahwin atau seks dgn bukan suami atau isteri)itu bukan dosakan?"lalu saya bertanya teman itu, : "kenapa kamu berfikir macam itu?" jawabnya: "sebab kamu org kristen dan kami dpt tengok dari cara berpakaian kebanyakan org kristen serta tingkah laku mereka yg tidak sopan (berpegangan tangan dan berpelukan dgn pasangan di khalayak ramai)"..anda tahu , bila dia bertanya seperti itu, saya terkesima...rupa2nya, betapa rendahnya nilai kekristenan kita di mata mereka...bila saya balik ke bilik, saya menangis dan berdoa...lalu Tuhan berbicara...ANAKKU, AKU BOLEH MENGGUNAKAN APA SAHAJA SEBAGAI ALAT UNTUK MENEGUR DAN MENCOBAI KAMU , ITU SEBENARNYA ADALAH TEGURAN UNTUK KAMU KERANA RUPA KAMU ADALAH GAMBARAN RUPA KU DAN TUBUH KAMU ADALAH TEMPAT DI MANA AKU TINGGAL, JIKA MEREKA BERFIKIR SEPERTI ITU (SEBAB MEREKA TIDAK DIBERKATI) APATAH LAGI AKU YANG TINGGAL DI DALAM KAMU.AKU LEBIH SEDIH...MEREKA TIDAK MENGENALI AKU...OLEH ITU, LAKUKANLAH SESUATU YG DAPAT MENYENANGKAN AKU DAN MENJADI BERKAT BAGI ORG LAIN...ANAKKU, AKU MENGASIHI KAMU DAN AKU MAHU AGAR KAMU MENGASIHI ORG LAIN...saya harap para pembaca tidak salah faham..ini bukan kata2 paksaan yg menetapkan bahwa org kristen mesti pakai pakaian yg sudah ditetapkan stail atau bentuknya ..tidak...tapi, turutilah keselesaan anda dalam memakai apapun cuma, seperti yg saya katakan..biarlah ia seadanya dan sewajarnya...BILA KITA KE GEREJA, tetapi hanya memiliki jean dan t-shirt, tidak apa, pakai saja, asalkan tidak menjolok mata.Tapi, jika kita hanya memiliki blaus pendek atau skirt pendek sedangkan kita mahu ke gereja...apa salahnya kita cari alternatif lain?..mustahil kita tidak memiliki pakaian yg lebih sopan kan?...Akhir sekali, saya minta maaf banyak2 jika anda semua tersinggung dan saya harap anda menilai komen ini dari sudut yang positif, kita semua yg percaya dan mengasihi TUHAN YESUS pasti ada tempat di hati TUHAN kerana DIA sesungguhnya mengasihi kita, oleh itu biarlah apa yg kita lakukan dapat memuliakan nama TUHAN YESUS yg tinggal dalam diri kita..Amen...GOD BLESS & LOVES US.



__________________
gidong

Date:
hmmm...
Permalink   


Shalom bertemu lagi "relax in jesus" (natasya).

Pertama sekali, saya juga memohon maaf sekiranya komen saya terhadap komen anda sebelum ini membuat anda juga keliru dan salah anggap, bahkan inilah yg saya takuti dalam mengada forum seperti ini IAITU membangkitkan "pertelingkahan", namun saya juga berharap dengan ini kita dapat saling bertukar pendapat melalui kaedah seperti ini yang lebih kepada pendapat kita yg ORIGINAL.

Saya memang telah membaca dan menghayati komen anda sebelum ini, dan terus terang saya telah memahami ISI dan KANDUNGAN yang anda sampaikan.

Berbicara tentang menyenangkan org lain apabila org itu melihat penampilan (pakaian) kita dari sudut pandangan (perspektif) org lain, apa yang saya boleh katakan disini adalah KITA TIDAK DAPAT MENYENANGKAN HATI SEMUA ORANG, saya masih berpendirian bahawa kita BEBAS mengenakan apapun pakaian termasuk waktu kegereja selagi PADA BATAS KESOPANAN, sebab sebelum ini anda menyebut "pakaian seksi", tetapi apa yang saya maksudkan disini ialah pada AM nya kita tidak perlu menetapkan standard pakaian utk kegereja yang mengakibatkan org yg tdk dpt mencapai standard yg ditetapkan merasa TERTOLAK.

Seperti apa yg anda sharekan pengalaman anda dengan teman2 anda (muslim), sebaliknya banyak pengalaman yg bertentangan dengan hal seperti itu berlaku, saya juga mempunyai teman rapat (buddhis), teman saya ini gemar mengenakan pakaian underground (faham2 saja lah), lalu dia pernah mengatakan kepada saya "saya juga ingin mengetahui dan sangat ingin kegereja anda, tetapi apabila saya melihat penampilan mereka yg begitu tersusun, kemas dan rapi, sepertinya saya tdk pernah akan diterima digereja anda, bahkan PASTI saya akan menjadi bahan mulut disana" dan ada teman saya yang lain lagi berkata "Ah bukannya boleh percaya org kristen ni, kelihatan bersopan, kemas bahkan kelihatan ALIM saja, tetapi cuba tengok realitinya, gaya hidup mereka ada yang lebih teruk dari yang tidak beragama". Apabila saya mendengar hal ini seprti anda juga TUHAN membisikkan kepada saya seperti ini "ANAKKU, SAYA BOLEH MENGGUNAKAN SIAPAPUN UNTUK MENEGUR ANAK-ANAK YANG KU KASIHI, TERMASUK MEREKA YANG SERING KAMU ANGGAP SAMPAH DAN TIDAK BERHARGA DIMATA MANUSIA, KETAHUILAH BAHAWA SAYA SUNGGUH-SUNGGUH MENGASIHI MEREKA SEPERTIMANA SAYA MENGASIHI ANDA, DIMATA ANDA MEREKA SAMPAH, NAJIS, TAK BERPERSONALITI, TIDAK BERHARGA, TETAPI KETAHUILAH BAHAWA HARGA MEREKA DENGAN ANDA TETAP SAMA IAITU DARAH YESUS YANG TERTUMPAH DIKAYU SALIB UNTUK SEMUA ORANG DAN BUKAN SEBAHAGIAN ORANG, DARI PANDANGAN ALLAH ANDA SEMUA "TELANJANG" SEBAB TIDAK ADA SATU PERKARA PUN YANG TERSEMBUNYI DIHADAPAN-KU, SEBAB AKU DATANG BUKAN UNTUK MEREKA YANG SEMPURNA TETAPI DATANG UNTUK MEREKA YANG TERTINDAS DAN BERDOSA...

Bagi soal "berpegangan tangan dan berpelukan dikhalayak ramai" saya ingin bertanya, Bagaimana teman anda itu mengetahui bahawa yang berpelukan itu seorang KRISTEN ? saya ragu-ragu kalau KEMUNGKINAN yang melakukan hal yang demikian seorang muslim. Inilah akibat kalau kita menetapkan STANDARD kekristenan pada NAMA dan AGAMA, beragama kristen tidak menjadikan kita KRISTEN, kita harus menjelaskan pada mereka bahawa kekristenan bukanlah seperti hal berganti kulit (seperti ular) tetapi berbicara mengenai menganti PRINSIP HIDUP kita seharian.

Satu hal yang benar2 mengejutkan saya dari komen anda ialah anda mengatakan bahawa ANDA PERLU MEMIKIRKAN APAKAH PANDANGAN ORANG LAIN YANG MELIHAT ANDA KEGEREJA DAN ANDA MEMAKAI PAKAIAN YANG MENGAMBARKAN KEKRISTENAN ANDA WAKTU KEGEREJA. Saya pasti anda telah "lahir baru" namun saya was-was kalau anda telah BENAR2 memahami konsep KASIH AGAPE, kasih tanpa batas apalagi kalau ianya cuma dibatasi oleh PENAMPILAN kita, apakah waktu pengadilan nanti TUHAN berkata "Anak-ku, engkau memang setia kepadaku dan melayaniku dengan sepenuh hati, tetapi engkau tetap akan kulemparkan ke api neraka kerana, waktu kegereja engkau memakai pakaian yang bukan standard kristen" ... saya sgt YAKIN ini bukan cara TUHAN... Dulu saya juga sering menetapkan pakaian saya pada standard yg saya anggap pakaian "kristen" namun apabila saya merenungkan firman Tuhan yg mengatakan bahawa KASIH itu tidak PURA-PURA, RENDAH HATI dan MENGASIHI JIWA_JIWA saya sangat tersentuh, kenyataannya DIA mengasihi kita apapun keadaan kita, DIA menerima kita walaupun kita SAMPAH bagi dunia ini, NAJIS bagi dunia ini, TARAF TERRENDAH dari pandangan dunia ini. Namun saya bersyukur mengenali PRIBADI yang mengasihi saya tanpa PREJUDIS dengan penampilan saya ......................



__________________
relax in jesus (natasya)

Date:
Fikirkan dengan tenang...
Permalink   


Terima kasih atas penjelasan anda.....setiap persoalan/pertanyaan/pendapat pasti ada respondnya sama ada negatif mahupun positif...dan saya tdk mahu katakan bhw pendapat anda adalah negatif bagi saya, kerana apa yg tersirat di sini ialah kita punya hasrat yg sama iaitu berusaha utk menyerahkan diri kepada Tuhan, menyenangkannya dan menjalinkan hubungan peribadi yg sangat intim dgn DIA sbg TUHAN dan BAPA kita. Cuma, nampaknya, kita dibezakan oleh cara dan pendapat kita masing2 tentang bagaimana harus melakukan semua ini...Terima kasih atas komen anda yg membina....saya menerimanya kerana saya juga percaya seperti apa yg anda percaya iaitu TUHAN melihat hati kita dan PENYERAHAN kita terhadapnya...Bercakap tentang PENYERAHAN, pastinya anda juga tahu apakah yg dikaitkan dgn 'penyerahan' dlm konteks hubungan kita dgn TUHAN...Adalah mudah utk mengatakan begini, "Tuhan, aku mahu menyerahkan segala yg kupunyai kepada-MU utk kemuliaan-MU"...tapi, persoalannya, 1) apa sebenarnya yg kita mahu serahkan kepada TUHAN utk kemuliaan DIA? 2)Bagaimana kita melakukannya sesuai dgn niat dan apa yg kita katakan? 3) sejauhmanakah manakah kata2 itu dpt ditunaikan? 4) apakah 'penyerahan' kita itu menyenangkan hati TUHAN?...sbg manusia yg berdosa & terbatas, adalah mustahil utk menyempurnakan semua apa yg kita katakan kepada TUHAN dan melasanakan setiap keinginan kita di hadapan TUHAN...namun,apa yg penting ialah selagi kita ada dan bernafas, inilah kesempatan kita utk melakukan kehendak TUHAN...saya sendiri pun terus terang katakan bahawa saya sedang berusaha utk mengerti kehendak TUHAN, berusaha utk mengetahui tentang bagaimana harus melakukannnya agar sesuai dgn yg diingini-NYA…baiklah..saya ingin kongsikan serba sedikit ttg diri saya dgn anda…
Dahulu, saya sememangnya seorang yg berprinsip :”Saya adalah saya…bukannya mereka…dan saya berhak utk buat apa sahaja yg saya suka. Biarlah org lain dgn pendapat dan fikiran mereka.This is my own bussiness…hanya TUHAN yg tahu hati saya”. Sejak kecil lagi, inilah cara saya. Ketika pergi ke gereja, kegemaran dan kebiasaan saya (pakaian) adalah yang cantik, ala ‘brutal’(jeans koyak2)dan apapun yg memuaskan hati saya atau menyenangkan saya bahkan seringkali saya memakai yang seksi, saya selesa dgn cara saya seperti itu….kadang2 dlm melayani di depanpun, masih ada ciri-ciri ‘keseksian’nya…Pada mulanya, tdk ada yg menegur saya, mereka hanya membiarkan sahaja, cuma, kadang2 ketidaksenangan mereka itu dapat dilihat dari cara mereka memandang saya. Saya tdk mahu perduli. Lalu suatu ketika, ibu saya menegur…kemudiannya abang saya…beberapa jemaat yg lain, malah pengkhotbah sendiri menyelitkan hal itu di dalam khotbahnya..Bagitupun, saya masih tidak mahu perduli…biarlah! Suka hati sayalah! (saya memang seorang yg susah ditegur)….sekian lamanya saya dengan cara dan sikap saya, sehinggakan pelayanan saya di gerejapun dikurangkan…tapi, saya masih berdegil dan saya sgt marah bila orang tegur saya. Walaubagaimanapun, secara perlahan-lahan Tuhan menegur saya…dari masa ke semasa, Tuhan berbicara kepada saya melalui pelbagai cara termasuklah, ibu saya, teman (malah teman yg bukan Kristen), khotbah pastor, ‘movie’ dan banyak lagi…sebenarnya…teguran mereka tdklah teruk, mereka menegur saya dgn cara yg lembut dan halus sehinggakan kalau tdk diperhatikan betul2 mereka tdk serius dlm menegur saya…tetapi, rupa2nya Tuhan menjadikan semua itu sbg ‘suara’-Nya…Anda tahu, apa yg terjadi?..kata2 Tuhan tentang merendah diri begitu jelas sekali ,: “ Anak-KU, bagaimana kamu dapat merendahkan dirimu di hadapan-Ku sedangkan kamu terlalu sukar untuk merendahkan diri di hadapan org lain? Ketika kamu menaikkan pujian kepada-Ku, di masa yg sama org2 disekitar kamu memfokuskan hati dan mata mereka kepadamu…samada mereka memerhatimu sebab membencimu ataupun memerhatimu sebab maksud yg lain….lihatlah, wujudnya’kedagingan’ di dalam gereja-Ku…apa yg telah kamu lakukan?..Mereka melihat kamu…bukannya mnelihat Aku…Aku tahu, kamu selesa dan suka dgn cara mu sendiri..tetapi tdk bolehkah kamu tinggalkan ‘zon keselesaan’mu itu demi nama –Ku?”…Anda tahu?, saya benar2 tersentuh…betapa Tuhan terluka dgn sikap saya…kenapa selama ini saya tdk memperdulikan org lain sedangkan maksud mereka baik?…saya terlalu egois sebab mempertahankan sesuatu semata-mata mengikut keselesaan dan kebiasaan saya…Sebelum itu, saya selalu katakan pada Tuhan, “ BAPA, aku mahu merendahkan diri dihadapan-MU”..tetapi, hakikatnya, saya masih mahu berada di ‘tempat saya’. Dan saya sedar, bahawa saya tdk lakukan apa yg telah saya katakan, saya membiarkan org lain ‘tersandung’ kerana sikap saya yg egois dan saya membiarkan Tuhan terluka sebab saya memilih sesuatu yg dapat memuaskan diri saya sendiri.
Saudara tahu kan, kita sebenarnya ada banyak pilihan….bila kita berjalan lalu menemui 2 persimpangan jalan, kita akan memilih simpang yg kelihatannya mudah dilalui dan begitu menyeronokkan…dalam soal perkahwinan pula, jika ada 2 wanita dalam hidup seseorang lelaki, yg dipilih utk dikahwini hanya satu…begitu juga dgn pakaian, kita ada banyak pakaian, pelbagai jenama, dan style nya, dan kita kan memilih pakaian yg kita rasa selesa dan menyenangkan kita…Apa yg ingin saya katakan disini, ramai org yg memilih sesuatu yg menyenangkan/ mudah/ memuaskan diri sendiri tanpa melihat akibatnya secara universal..kita hanya lihat pada diri kita sahaja. Orang memilih simpang jalan yg dilihatnya mudah dilalui tetapi akhirnya dihujungnya hanya ada jurang yang dalam….ramai orang bila mahu berkahwin dan memilih pasangan, hanya akan melihat sama ada pilihan itu menepati citarasanya ataupun tidak, tetapi akhirnya rumahtangga berakhir dengan pergolakan dan perceraian. Ramai orang memilih pakaian yg menjadi kebiasaannya, selesa dan menyenangkan diri tetapi akibatnya membuatkan org lain memikirkan hal yg negatif dan tersandung….Bila bercakap tentang pilihan, kenapa memilih utk memakai pakaian yg hanya mengikut kehendak dan kepuasan kita sedangkan kita tahu bahawa pilihan kita itu mampu menimbulkan ketidaksenangan org lain dan akhirnya keadaaan akan semakin rumit, timbulnya percanggahan dlm gereja?…
saya tidak bermaksud tentang ‘menyenangkan hati org lain’…saya tahu hubungan kita dgn Tuhan adalah terpulang pada hati kita terhadap –Nya, tetapi, bagaimana kita dpt menyenangkan Tuhan jika kita sendiri menyebabkan org lain tersandung, dan kita hanya duduk dalam zon kita sendiri? Saya percaya, ada org yg berasa tertolak apabila memikirkan pakaian yg dikenakan ke gereja…org lain ke gereja pakai yang smart dan kemas…sedangkan dia pula tidak ubah seperti ‘mat rock’, tentunya dia berasa bhw dia sama sekali tdk layak….tetapi, kalau berlaku seperti itu, sedangkan kita mahu membawa org itu ke gereja/ ataupun org itu sendiri ada kerinduan ke gereja, apa yg perlau kita lakukan? Katakan dgn org itu agar lebih baik batalkan niat ke gereja? Syorkan dia agar memakai pakaian yg lebih baik? Atau ikut sama memakai pakaian yg serupa bagi membolehkan org itu berasa dihargai dan ditemani & akhirnya dia akan teruskan niat ke gereja?….apakah cara utk kita mendekati org lain begitu terhad? Saya rasa, pakaian yg sering jemaat Tuhan pakai ke gereja ataupun digalakkan oleh pihak gereja utk dipakai tdklah membebankan (tdk ditetapkan/diwajibkan standard yg khusus), simple sahaja, yg penting sopan …kita sendiripun tahu yg kita ada byk pilihan, tetapi kita sendiri yg memilih utk melakukan sesuatu yg mengikut kehendak kita sahaja….
Tuhan adalah yg terutama dan dalam kehidupan kita Dialah yg terutama. Tetapi sekiranya kita melakukan segala sesuatu menurut kehendak kita sendiri (sehinggakan menimbulkan rasa benci & tdk senang, bahkan di kalangan anggota gereja sendiripun), kemudian kita cuba menyelesaikannya dgn cara mempertahankannya tanpa mahu merendah diri, apakah itu memang dikatakan menyenangkan dan mengutamakan Tuhan? Tuhan memang tdk mahu melihat kita secara jasmani (walau apapun penampilan kita) tetapi ia memang akan mempengaruhi hubungan kita dgn Tuhan dan org lain, tanpa kita sedari.Saya minta maaf sebab terlalu byk bercakap disini dan lebih-lebih lagi jika ini menimbulkan kemarahan atau menyinggung perasaan para pembaca….saya cuma harap agar kita semua memikirkannya dgn tenang. Sama ada anda boleh menerimanya atau tidak, terpulang…seperti yg saya katakan, kita masing2 dgn cara dan pendapat kita….Biarlah di dalam Tuhan Yesus Kristus, kita akan terus bertumbuh, kerana kita juga dipakai Tuhan untuk memberkati org lain…God Bless we all…

__________________
gidong

Date:
Masih TERPULANG ...
Permalink   


Shalom natasya, terima kasih atas komen anda yang sungguh memberkati, saling mendoakanlah kita diantara satu dengan yg lain walaupun perbezaan pendapat dalam banyak hal ... sebenarnya sama saja cuma cara yg berlainan ..

Saya percaya bahawa Tuhan menempatkan kita masing2 peribadi dalam keadaan (secara geografi n budaya) yang berbeza, dengan itu cara perjalanan kehidupan kita juga diolah dengan cara yang tidak sama, apabila kita berada ditempat kita dan sungguh2 memahami keadaan ketika itu pasti kita dapat menempatkan diri kita pada keadaan yang tidak menjadi SANDUNGAN org lain, namun secara REALITInya tidak semua keadaa ditempat kita sesuai dengan pembawaan kita ditempat yang lain, mungkin SANDUNGAN ditempat kita boleh membawa BERKAT ditempat lain dan begitu juga sebaliknya.

Natasya... saya telah berfikir dan mengambil masa bertenang (berdoa) setelah membaca komen anda.. tapi saya tetap mendapatkan JAWAPAN YANG SAMA .. bahawa pakaian tidak menjadi UKURAN dihadapan TUHAN, kita masih harganya sama bagi DIA yang tidak menbeza2kan warna, kulit, bangsa, latarbelakang, budaya, keturunan dan apa jua yang kita anggap BENAR bagi kita ..

Apa yang dapat saya perhatikan dari komen anda, pakaian yg anda khususkan utk dibincangkan disini adalah yang bersangkut paut dengan "seksi" dan pakaian "mat rock". Saya harap anda membaca sekali lagi komen saya sebelum ini yg mengatakan demikian :

"saya masih berpendirian bahawa kita BEBAS mengenakan apapun pakaian termasuk waktu kegereja selagi PADA BATAS KESOPANAN, sebab sebelum ini anda menyebut "pakaian seksi", tetapi apa yang saya maksudkan disini ialah pada AM nya kita tidak perlu menetapkan standard pakaian utk kegereja yang mengakibatkan org yg tdk dpt mencapai standard yg ditetapkan merasa TERTOLAK."

Bermaksud saya juga tidak pernah menyokong kalau seseorang itu memakai pakaian seksi dan koyak sana koyak sini, perhatikan sekali lagi "NAMUN SECARA AMNYA KITA TIDAK PERLU MENETAPKAN STANDARD PAKAIAN UNTUK KEGEREJA YG MENGAKIBATKAN ORANG YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI STANDARD ITU MERASA TERTOLAK" ini maskud saya ......

Ini juga bukan berbicara mengenai hal "keselesaan saya semata-mata tanpa memikirkan orang lain" NO ... tetapi ini berkenaan dengan Kejujuran KITA SENDIRI .. saya pasti kalau kita sudah lahir baru kita pasti tau menyesuaikan keadaan dalam apa jua situasi, TETAPI MALANGNYA segelintir dari kita menjadikan hal ini RUMIT (pakaian) sehingga gara2 pakaian yg tidak sesuai membuat orang diTOLAK dari gereja (walaupun bukan secara lisan) tapi hati dan perasaan kita pasti TERASA dengan hal-hal tersebut, kerana saya pernah melihat hal ini berlaku ditempat saya sendiri, APA yang membuat saya terkilan dan sedih adalah, apabila orang2 yg mengaku KRISTEN bahkan majlis sidang TERLALU SIBUK membicarakan hal seperti ini malah membicarakan kejatuhan saudara seiman, bukan pula orang yang dibicarakan yang menjadi batu sandungan tetapi "orang2 kristen" itu sendiri. Ini sebabnya betapa pentingnya kita menghargai JIWA seseorang melebihi PAKAIAN yang dipakainya. Ya bagi kita pasti tidak ada masalahnya, tetapi seperti yang natasya katakan, ada yang "degil" "mementingkan diri sendiri", so PERLUKAH kita meneruskan standard pada mereka2 ini sehingga membuat mereka "jatuh" demi menjaga reputasi standard yang kita tetapkan? apakah TUHAN juga melakukan hal yang sama kepada "perempuan tua yg memberikan persembahannya dibait suci", "orang gila dari daerah gerasa" dan "lazarus yang misikn" ...

Bagi saya , apa jua yang anda pakai. PAKAILAH, selagi anda mau menerima KASIH TUHAN pasti Tuhan akan menuntun anda kepada cara pemakaian standardnya TUHAN yang tidak dicipta oleh MANUSIA.

Mengenai hal merendahkan diri dihadapan TUHAN, saya lebih rasa senang merendahkan diri dengan pakaian yang sederhana daripada pakaian yang menjadi standard pertubuhan. SEBAB dengan apa adanya diri ku TUHAN pasti menerimanya, sepertimana perampok yg disalibkan bersama2 dengan DIA 2000 tahun yg lalu diterimaNYA, saya PASTI saya juga diterimaNYA menurut KASIH KARUNIA yang tidak memandang RUPA.

Saya pasti natasya akan dipakai Tuhan untuk kemuliaannya dengan cara Tuhan sendiri dan dengan cara yang berbeza.. begitu sebaliknya bagi saya dan teman-teman yang lain.. so semoga kita saling mendoakan diantara satu sama yang lain . AMEN.






__________________
YoKu

Date:
hmm
Permalink   


hmmm..pakaian ke gereja?...tepuk dada tanyalah iman


Rasanya tidak perlulah kita terlalu memikirkan sesuatu isu yang ??...kerana masing-masing punya cara mereka sendiri kan. Kalau saya pun...tentang isu ini...ada aspek yang saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh natasya dan juga gidong...dan ada juga yang sebaliknya.


So...yang paling penting ialah tindak tanduk kita adalah untuk memuliakan Dia...dan hanya Dia yang dapat menghuraikan segalanya..dan hanya Dia yang berhak untuk menilai segala tindak tanduk kita termasuklah cara pemakaian kita..bukan sahaja ke gereja tapi juga dalam kehidupan seharian kita kan..



  • 1 TIMOTIUS 2:9

  • 1 PETRUS 3:3,4

Kalau ada masa...jenguk2 lah ayat di atas ok.


God Shines On Us!



__________________
gidong

Date:
RE: Pakaian Ke Gereja
Permalink   




Yeah setuju dengan YoKu, terima kasih atas sokongan anda ...

ok Tentang ayat 1 Tim. 2 : 9, YoKu kenapa sampai ayat 9 saja, tidak diteruskan satu pasal tu yang juga mengatakan "jangan pakai emas, Perempuan tdk diizinkan mengajar, harus berdiam diri, tdk memerintah lelaki". makanya kita harus belajar dari KESELURUHAN firman itu sendiri dan bukan sekadar mencari BUKTI atas apa yg kita INGINI. Takut nanti keluar dari konteks sebenar firman itu... kan YoKu

1 Petrus 3:3-4 "Perhiasanmu janganlah secara lahiriah, yaitu dengan mengepang-gepang rambut, memakai perhiasan emas atau mengenakan pakaian yang indah-indah, tetapi perhiasanmu ialah MANUSIA BATANIAH YANG TERSEMBUNYI dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut dan tenteram, yang SANGAT BERHARGA DIMATA TUHAN" terima kasih atas peringatan ni ya YoKu ...




__________________
Anso

Date:
Permalink   



wah wah, hebat hebat korang ni, hmmm eh DEWASA dan Pintar semua ... ekkk

__________________
natasya

Date:
hello...
Permalink   


Hi gidong, yoku & anso....wah, aktif nampak...baguslah....dgn ini kita semua boleh keluarkan (pendapat) yg kita mahu keluarkan...jgn pendam di dalam , iyakan?....Oh ya, tentang ayat dlm timotius tu, sebenarnya kenapa ayat tentang 'perempuan harus berdiam diri', 'tidak memerintah lelaki' masuk sini pula?....adakah sebab anda rasa yg cara saya bagi komen ni egois,dan terlalu banyak bercakap berbanding anda semua? dan kebetulan pula saya ni perempuan?..eeii men..don't be like that...kita sharing dlm ruangan ni dgn niat saling bertukar pendapat secara positif kan?....But..that's okay. I 'll accept ur comment..Thank u so much...dan saya setuju bila yoku katakan bahawa Tuhan yg menilai tindak-tanduk kita bukan sahaja ketika kita ke gereja tetapi juga dlm kehidupan sehari-harian..dan begitu juga dgn apa yg gidong katakan bahawa material yg lahiriah (perhiasan/penampilan-1 petrus 3:3-4)itu tidaklah sepatutnya menjadi perhiasan bagi orang yg percaya Tuhan.saya setuju.Saya tahu yg semua itu tdk akan dibawa sampai mati..bila nafas kita berhenti maka semua yg ada di dunia (material) harus ditinggalkan.Tuhan hanya melihat hati...cuma, jgn lupa, kita bukan seorang diri di dunia (dgn Tuhan of course lah), sebab itu kita perlu juga memikirkan semua ni (kita dan org lain).dan ini tidak bermaksud utk menyenangkan org lain semata-mata...tetapi agar keperibadian kristen itu dpt dipancarkan melalui cara kita sehari-hari...tapi, tentang diri kita tu (i mean hati dan iman kita)Tuhan dan kita saja lah yg tahukan? so, 'tepuk dada tanyalah iman'mcm yg yoku ckp tu, betullah...bila pakai, jubah, tdk semestinya ia holy kan?..so, lihat pada diri sendiri jugalah...Any way, thank u for ur comment...God bless u all..good night.daaaa, see ya again.

__________________
gidong

Date:
RE: Pakaian Ke Gereja
Permalink   




Hahaha lawak lawak, kan natasya .. hhmmm... in the first place aku ingatkan ko ni lolaki .. yek sory ye .. dan nama natasya pompuanlah bah kan .. hmm pasal ayat dlm timotius tu, saya ambil seperti yg disyorkan oleh YoKu bah, maksud saya, dalam satu pasal yg panjang kita tdk boleh "simply" ambil ayat yg dpt menyokong apa yg ingin utarakan then mengabaikan ayat yang lain ... sebab kesinambungan dr pasal tersebut akan lari dari konteks yang sebenar sekirannya kita mengambil sebahagian dan mengabaikan sebahagian .. tu maksud saya memasukkan ayat tersebut ... bukannya saya PREJUDIS dgn wanita oooo NEVER NEVER NEVER NEVER NEVER NEVER cukupkan never saya tu
bagi saya kita SAMA saja cuma TETAP dibezakan oleh JANTINA hahahahahaha... so leks natasya, bukan apa apa tu ok... ada apa2 persoalan tanya gan si YoKu, dia pakar tu .. hehehehhe lepas ni kena marah dengan YoKu pula lah ... :wory:

Anyway, saya juga diberkati dengan komen2 anda semua, dan ya inilah kebaikan adanya forum seperti ini kan...saya percaya ini bukan secara kebetulan (saya memang tak percaya pd "kebetulan") tetapi satu RENCANA TUHAN agar kita dapat saling membagi berkat, sharing dan mengenali satu sama lain ... tapi belum juga saya kenal siapa anda semua... sedihnya aku So buat pengunjung semua saya harap anda akan menjemput kawan2 anda juga utk join kita disini ya..


GBU

When Jesus lift me UP , Britney Spears won't bring me down !


__________________
natasya alya

Date:
it's me again...jeng..jeng..jeng
Permalink   


hi everynose..eh..eh, everybody lah...how r u all? i come again...it's me lah, Britney Spears. But don't worry, i won't bring u all daun...coz, daun sudah habis gugur... what if, u all naik lift and go up? Ha..ha..ha ..Hmmmm oklah,we just continue,...ish..ish..is..iiiishhh.....boleh pula kamu fikir yg i ni lelaki....tengok nama ja pun, udah tau pompuan...apalah hang semua ni....cheeeeh...but, tdk apalah bah tu...i underground...eh..eh..silap lagi ! i understand lah...hi..hi....( just kidding).Tentang topik kita ni (pakaian ke gereja)...mungkin kita sdh jelas dgn penerangan/pendapat kita masing2....iya kan friends?...walaupun mungkin ada percanggahan, perdebatan..perbezaan..yg pastinya, ada persamaannya dan persamaan ini tidak akan berubah sampai bila2 iaitu Tuhan Yesus adalah Tuhan dan Bapa kita yg sama, dan DIA lah yg kita sembah...iya kan ?..dan lagi, melalui perdebatan ni, kita boleh saling memahami keadaan persekitaran kita...Thank you ya...nanti lain kali kita continue lagi, sebenarnya byk lagi cerita dari saya yg mungkin boleh memberkati kamu semua dan para pembaca, but, nati-nantilah...aaah?Ok...bye..Gd Nite..

__________________
gidong

Date:
RE: Pakaian Ke Gereja
Permalink   


hi britney spears ... opps natasya oopppss alya ,

SETUJU ... saya setuju ... kikikik ...

__________________
YoKu

Date:
:)
Permalink   


hi again to all!


Thanks gidong...sebab mengingatkan sia ttg tu...ya memang utk memahani sesuatu perkara...kita perlu memahami ttg sesuatu firman...dan of course utk keseluruhan firman Nya (whole bible)..kan..anyway thanks for remind me that! GBU


GSOU



__________________
gidong

Date:
RE: Pakaian Ke Gereja
Permalink   


Hi YoKu,

Gidong KEMBALIKAN ucapan terima kasih nya .



__________________
Lopak

Date:
Emmm...!
Permalink   


Semua kamu ni boleh tahan, idea pjg2 belaka, bagusla, comen yg membena...! Tapi aku kalau bab pakaian ke Church..., simple pun boleh, org bilang biar pakai pakaian jgn saja aso baju cukup no...! hehee...! sabab yeko diti aso baju boih..., so nampak tak menarik pun yg ptg Sumambayang no..., Bah See u all..







__________________
rinkul

Date:
RE: Pakaian Ke Gereja
Permalink   


bagi saya biar lah pakaian itu kesedaranaan ini bagi kaum hawa, bagi adam pula biar lah bersesuaian dengan kehendak nya. Kalau kita berpakaian kemas segak sekali pun,kalau kita bukan datang untuk menghadap bapa yang disorga maka kedatangan kita hanya untuk tujuan syarat saja. tetapi bukan untuk Tuhan sudah pasti ( tiada) namun demikian kita sering lupa bahawa berpakaian kemas dan tidak terdedah sana sini ini adalah menujukan dispilin kita kepada Yesus yang kita. dan ini bukan peraturan dari gereja, mungkin kalau ada gereja yang membuat peraturan besar kemungkinan pemimpinnya adalah daripada seorang bekas anggota keselamatan bagi saya bagus juga kita bolih mendsepilinkan diri kita betul kan. jadi soal pakaian ini adalah penting selkali dari itu amen.

__________________
Lopak

Date:
Permalink   

Rinkul..., ok juga la idea ko ni. he tapi jarang ba noktah ko sya nampak, ampos sya membaca. siou.

__________________
alya..

Date:
ya betul....
Permalink   


 


Yes Rinkull, i agree with u when u say : "pakaian boleh menunjukkan DISIPLIN kita terhadap/dihadapan Tuhan"....Selama ini, bila saya membangkitkan soal keadaan pakaian, i mean yg sesuai, padan dgn keadaan dan sopan, itu lah maksud saya sebenarnya iaitu disiplin dihadapan Tuhan dan bukannya atas sebab mematuhi peraturan gereja ataupun menyenangkan hati org lain semata-mata....Bila saya menghormati dan sayangkan ibu bapa saya, maka saya akan cuba buat yg terbaik dan jaga nama baik diorang, dan salah satu tindakan yg boleh saya buat ialah, apabila bergaul dgn org lain (tdk kira kristen/ bukan kristen) maka, saya perlu bersikap sewajarnya seperti pakaian yg tdk keterlaluan dan sopan agar tidak memalukan ibubapa saya....


             Thanks rinkull..betul apa yg u cakap...pakaian itu penting sbb ia punya kaitan yg sgt rapat dgn disiplin terhadap Tuhan....



__________________
Lopak

Date:
RE: Pakaian Ke Gereja
Permalink   


Ooohhhh kalau mcm itu, habisla sya ni. Sya pakai pakaian ketat2 belaka. melakat sama kulit hehee.

__________________
sam

Date:
Permalink   

saya setuju kepada ringkul bahawa cara berpakaian kita adalah menujukan dispilin kita kepada Yesus.Tp difinisi disiplin tu Bergantunglah kepada pandangan masing2 . Setiap daripada kita punya pesekitaran, situasi dan rencana daripada Tuhan. Pandai-pandailah kita menyesuaikan diri dan mencorakan jalan hidup kita asalkan jalan dan fokus kita kepada Tuhan tidak menyimpang sebab Tuhan sudah berikan kita kebebasan untuk memilih, keputusan di tangan kita.jadi apa lagi kita punya kebebasan melakukan apa saja di dunia ini termasuk kepada cara berpakaian asalkan tidak lari dari firman Tuhan. saya juga setuju dengan pendapta gidong dan natasyah, kedua-duanya saya setuju sebab dinilai dari sudut pandangan yang berlainan..



__________________
alya (Natasya)

Date:
Permalink   

 


hai sam...1st time nampak nama u dlm forum ni or, mungkin saya yg tdk perasan?....By the way, welcome....& thanks 4 ur respond, n teruskan bersama NTV 7 hehehe...ba, c ya next time....GBU.



__________________
sam

Date:
Permalink   

thanks natasya... sebenarnya saya baru sj jumpa room ni dan saya tertarik dengan topik dibincangkan...semua idea dan pendapat pun ker arah positif dan membangun...Tuhan memberkati. pendapat daripada gidong dan natasya sendiri mencerminkan kesungguhan dan kematangan dalam kristus. walaupun saya tidak melihat kamu tapi saya percaya kamu saudah memakai semua kelengkapan senjata Tuhan untuk masuk dalam perang rohani. efesus 6:11-18 Ini adalah pakaian yang wajib ada tidak boleh tidak mesti di pakai oleh setiap org percaya. saya skg pun sedang mempraktikan tp masih perlukan doa sbb bukan mudah mempraktikanya dlm kehidupan seharian.


yahoo mesengger nick name: sam_ok2ok
kalau free tu sudi-sudilah sembang dgn saya boleh tukar2 idea ttg apa sj

__________________
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard