Post Info TOPIC: Vince. Bolehkah Vince menyanyi untuk lagu rohani?
Ten BLeaH

Date:
Vince. Bolehkah Vince menyanyi untuk lagu rohani?
Permalink   


Kehadiran Vince pada konferensi sudah tentu menarik lebih ramai jemaat Tuhan untuk datang ke konferensi 2004. Tapi adakah tujuan mereka datang, adalah untuk mencari kebenaran Kristus, atau hanya ingin melihat kehebatan Penyanyi undangan? Apa yang saya dapat tahu, para golongan tua di kawasan saya sangat tidak bersetuju dengan adanya Vince di konsert Konferensi. Persoalannya, adakah Vince yang diketahui umum, hanya menyanyikan lagu duniawi dan kini cuba menyanyikan lagu rohani, tetapi mendapat tentangan pula.? Adakah pihak SIB pusat hanya perlu menjemput penyanyi rohani, atau penyanyi duniawi? Apa pendapat golongan muda sekarang? saya amat berharap ada pastor yang dapat menjawab keraguan saya.

__________________
planetshaker

Date:
Permalink   

hiiiiiii


untuk pengetahuan semua,vince ada singer dalam sebuah gereja di kuala lumpur. Kalau kita baca kesaksian vince, pasti kita akan tahu visi vince yg sebanarnya. adakah hanya kerana vince adalah penyanyi lagu kormesial lalu dia tidak boleh memuji tuhan!!!!!


yang penting adalah hati.. ketika kita menyanyikan lagu sekular(dunaiwi), kita tidak meletakkan unsur penyembahan pada sesuatu yg tidak kelihatan kan. dan pada ketika kita menyanyi lagu rohani..perhatikan??? hati kita menuju kemana.. kalu hati kita tidak menuju kepada tuhan , sama saja dengan penyanyi duniawi kan.. Vince sebenarnya bervisi untuk memenangkan jiwa-jiwa melalui kariernya sebagai seorang penyanyi.. Penyanyi adalah karier(kerja) vince. Tetapi hatinya adalah tetap dalam TUhan. Sama seperti seorang ketua gereja yang juga berkerja sebagai ketua jabatan ataupun sebagai ahli politik... Mengapa seorang ketua jabatan dalam kerajaan boleh melayani sebagai ketua gereja??? mengapa seorang yang bekerja sebagai seorang penyanyi di anggap tidak boleh menyanyi untuk Tuhan???


Jom sokong vince dalam doa...



__________________
Ten BLeaH

Date:
Ada lagi...
Permalink   


hmmm


Semasa konferensi, saya ada berjumpa dgn kwan2 saya. Kami duduk makan, minum kejap, kendian ada la timbul topik ttg vince ni. Saya mula bertanyakan soalan yang sama kepada dia. Apa yang dia jawab? "kami tidak terima lagi orang yang sudah menyanyi untuk dunia, kemudian balik lagi untuk menyanyi rohani" Dalam hati saya, saya sangat terkejut. Mengapa masih lagi ada orang seperti ni? Semasa dalam perjalanan balik ke rumah penginapan, saya bertanyakan lagi soalan yg sama. Vince ada katakan yang dia berdoa pada Tuhan sebelum menyanyikan atau 'on stage' supaya dia disertai Tuhan. Tapi pendapat kawan saya pula, "apa bezanya dia berbuat begitu dengan dia berdoa supaya dia menang judi?" Astaga....


Tapi apapun pendapat saya, ia terpulang kepada hati seseorang. Kiranya ia ada hati yang sungguh untuk melayani Tuhan. Saya ingin sangat mendengar pendapat orang yang lain pula.


 




__________________
BreakDArules

Date:
RE: Vince. Bolehkah Vince menyanyi untuk lagu rohani?
Permalink   


Bagi saya, TUHAN pasti menerima pujian dan penyembahan Vince semasa konsert, bahkan doa Vince sebelum on stage di Akademi Fantasia, kalau ada dari antara kita yang mempersoalkan doa orang lain sebelum melakukan pekerjaannya KENAPA tidak juga anda persoalkan orang2 politik seperti Dr. Max berkothbah dalam konferensi, dalam situasi dan keadaan sebenar mana lebih teruk anggapan manusia terhadap seorang penyanyi dan ahli politik ?


Saya juga ingin bertanya, siapakah dari antara kita yang tidak pernah menyanyikan lagu dunia, tidak mendengar radio, menonton TV dan sebagainya. APA bezanya dengan Vince yang cuba untuk memuliakan Tuhan ? kenapa kita cuba menghalang orang lain utnuk datang kepada Tuhan ? apakah kita sudah cukup sempurna untuk mempersoalkan kerohanian orang lain ? fikirkan lah sendiri, saya pasti Tuhan memakai Vince dgn bakat yang ada.. TUHAN mengasihi setiap jiwa didunia ... bahkan kalau manusia sudah berhenti memuliakan Tuhan, batu juga boleh Tuhan gunakan untuk memuliakan DIA ...



__________________
Ten BLeaH

Date:
hehe
Permalink   


Bah jangan mara bah.. hehe macam bunyi mara ja tu. hehe tak la gurau je...



__________________
Rasul

Date:
erm!!
Permalink   


Tak la. saya rasa vince bukan bersungguh-sungguh. Tengok hati la..

__________________
friendship

Date:
RE: hehe
Permalink   


quote:

Originally posted by: Ten BLeaH

"Bah jangan mara bah.. hehe macam bunyi mara ja tu. hehe tak la gurau je... "

 hi all actually apa pun yang anda katakan hanyaTuhan sahaja yang berhak menilai apa pun jenis pelayanan yang kita lakukan so jangan shaja kita senang menghakimi org lain melalui penampilan gaya popularity org lain. Pengorbanan besar dan kecil dlm pelayanan hanya Tuhan yang berhak menilai.. thanks

__________________
friendship

Date:
RE: erm!!
Permalink   


quote:  s

Originally posted by: Rasul

"Tak la. saya rasa vince bukan bersungguh-sungguh. Tengok hati la.."

 sorry ya salah quote jgn marah kata Ten BLeaH at first my post i should quote rasul hehe..he sia masih ingat semasa kesaksian vince di konferensi masa tu dia katakan bawah dia ada pangilan dlm ministry dan dia minta didoakan so adakah anda tidak terbeban utk mendoakan dia (Rasul) tentu sahaja dia tidk minta didoakan kalu dia tdk punya kerinduan utk melayani.. im not siding him just bcoz he famous.



__________________
Ten BLeaH

Date:
Haha...
Permalink   


Hello 'friendship'


Ehem, well, just joke wuahahaaha.. anyway, ada betul juga apa yg friendship tu cakap, tapi.. saya ada satu persoalan yang masih lagi ragu-ragu la.. Kenapa ramai yang menyokong vince..
sedangkan seorang penyanyi yang fulltime menyanyikan lagu rohani pula kena reject? Apa yang saya maksudkan, kenapa Franky Sihombing di'reject' oleh SIB, sedangkan Franky sungguh² ingin menyembah tuhan. Apa bezanya Vince dengan Franky? Apa yang saya lihat, Franky memberitakan injil melalui caranya yang tersendiri. Adakah Franky di'reject' kerana mempunyai tatu di tangan, atau ada sebab lain? Kita sudah ketahui sejarah silam Franky dan kenapa pula pihak kita tidak dapat menerima dia? Kan dia punyai hati yang sungguh² menyembah Dia. Kenapa???



__________________
Lalat Rohani

Date:
RE: Vince. Bolehkah Vince menyanyi untuk lagu rohani?
Permalink   


baru Vince dah bising2, belum lagi Linda ke, Jac ke, Nikki ke .. lagilah gempak.. entah2 ada pastor yg akan bilang nanti ajaran sesat ... entah lah ...

__________________
vallen vand

Date:
Permalink   


vince juga hambanya tuhan.... jangan salah sangaka lah geng... dia punya bakat dalam bidang tu... janganlah terlalu rohani sangat.... semua orang boleh menyanyi lagu untuk memuliakan tuhan.. jangan anggap lagu rohani tu untuk orang yang gelarkan diri diorang orang alim saja... kita semua berdosa geng.... tuhan tiada anak emas... kita semua sama di matanya.....

__________________
Sangkar Emas

Date:
Permalink   

Vince juga individu yang di"selamat"kan dari maut, jadi layaknya lah dia boleh menyanyi lagu rohani sebagi ucapan syukur kepada Tuhan walaupun pekerjaannya adalah penyanyi sekular.

__________________
Ten BLeaH

Date:
hahaha
Permalink   


ya ba kan, baru vince suda bising2.. semua pun mau komplen ba hehehee...

__________________
world today

Date:
RE: Vince. Bolehkah Vince menyanyi untuk lagu rohani?
Permalink   


adui2000000 kali, ni lagi lah pertanyaan abad pertama ... kalau tak boleh nyanyi rohani siapa lagi ? tak kan kita suruh org yng lari kod, sumbang, pichting ke laut lak yg nyanyi kat mimbar ... huh ...

__________________
rambot v2

Date:
Permalink   

sebenarnya byk persoalan pasal ini. Ini menjadi dilema sesetengah pemimpin.


Bagi saya, Vince menyanyi kerana dia ada bakat dan daripada bakat dia jadikan karier. Tiada salah dalam karier yang dia ceburi..rugi kalau bakat itu tidak digunakan .Adakah dia boleh menyanyi rohani atau tidak? Siapa kata tidak boleh? Dia ada mulut untuk memuji Tuhan....mungkin untuk skrg biarlah dia menceburkan diri dalam kariernya...sehingga berjaya...kita kena support dia dalam doa  supaya dia tidak jatuh ke dalam dosa dan terus memuliakan Tuhan dalam kehidupannya. Kita perlu ingat dia satu2nya lelaki bkn melayu yang diterima oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini. Terus berdoa untuk dia. Klu mau jemput dia..boleh saja tp tanya pemimpin gereja dahulu......jgn cuba melangkah pemimpin kita...." buat proposal dulu utk dibawa masa meeting lepas semua setuju baru buat"


Cuma yg menjadi masalah.....komuniti kita boleh terima ka tidak? Klu katakan Vince hanya menyanyi lagu rohani shj....buat album dan jual.....tp kita inda membeli albumnya....apa yg dia mau makan nanti....nanti sama dgn pastor2 kita terpaksa berhenti kerana sidang inda bagi cukup belanja....lagi pula klu mau arrange konsert besar-besaran...siapa yg sanggup keluar belanja utk support...nanti buat tiket..ramai pula merungut...."konsert rohani konon tp bayar tiket"....support tu mana? macamana artis mcm diorang mau hidup.....sedangkan pg tandas pun byr duit...


Kesimpulan, boleh atau tidak bkn jadi isu....kesediaan masyarat kita untuk menerima la yg menjadi isu? Lebih baik usulkan dalam meeting...lepas tu majoriti..luluslah...Berdoalah..pasti Tuhan akan buka jalan untuk orang2 spt Vince, Linda, Jac..dll


 



__________________
World Today

Date:
Permalink   

SAYA ANGKAT TANGAN DENGAN KAKI SEKALI TANDA SETUJU DGN RAMBOT

__________________
Poyoh

Date:
Permalink   

Saya sokong ko fren.. apa pun itu hanya Tuhan saja yang adapt menentukan, mungkin kita kata betul tapi Tuhan kata tidak?.. bagaimana?.. then kalo kita kata salah tapi Tuhan kata betul, bagaimana?.. so, kita sebenar tidak boleh menghakimi sesama.. vince juga ada visi tersendiri so kita doakan saja.. kalo Tuhan perkenankan.. kita akan lihat juga hasilnya.. ok tak?.. ehehe..

__________________
kkk

Date:
Permalink   

pandai-pandailah lah kita menilai....baca bible bagus2 supaya inda tersesat....


....ada beza antara Franky Sihombing dan Vince.....inda mau menghakimilah....tp saya tetap sokong apa saja SIB Pusat punya keputusan..yg penting berlandaskan firman Tuhan dan Perlembagaan/Peraturan SIB.....Sayonara....



__________________
naZi

Date:
Permalink   

wah sampai vince pun masuk topik kah ?

__________________
Anonymous

Date:
Permalink   

Kita semua manusia sama sama menuju kepada pengadilan "buku Kehidupan" suatu hari nanti. siapapun manusia, organisasi atau denomination gereja termasuk SIB tidak berhak menjadi FINAS atau hakim untuk menentukan seseorang layak atau tidak layak dihadapan Tuhan. Pujian & Penyembahan bukan hanya terletak pada suara, nyanyian dan muzik saja. Ia terletak dalam semua aspek kehidupan kita. satu lagi, saya percaya Allah bukan hanya mencari pujian & penyembahan saja tetapi mencari pemuji2 & penyembah2 yang hidup dan benar dihadapanNya. Salam damai dalam kasih Kristus.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard