Terpulang, tetapi ingat kita juga harus dapat menyesuaikan pemakaian kita, ya kalau kita di kampung2 pasti kita dilabel macam2 panggilan sebab org2 kampung masih kekampungan... malah ada yang mengaitkan lelaki yang memakai anting2 dengan perkara yang negetif seperti penagih dadah, peminum, gay dan sebagainya. Tetapi bagi saya terpulang kepada anda sendiri, ketahui kesan dari apa yang kita lakukan itu, bagi saya semua itu hanyalah fesyen dan aksesori sahaja, tidak lebih dari itu. kalau mau anda mahu pakai terpulang, kalau tidak juga pun terpulang, saya sendiri ada lubang telinga tetapi sudah lama saya tidak memakai anting2 sebab sudah bosan, lagipun kalau main bola takut kena tarik lawan.. hehehehhehe
Bah...., Bagi diri saya.....,org yg beranting2 ni....,memang nampak lain sikitlahkan.....? Tapi kadangkala kita akan lihat juga dari penampilan diri org itu.....,apabila kita lihat org itu masih kelihatan baik, tingkahlaku ok....., maka dia akan baiklah di mana2 pun.....,so mestilah apabila dia pigi gereja hatinya adalah baik dan harmoni jug kan .....?he
eh...geng bagi saya rasanya yang memakai anting2 nie ada kelainanlah....bagi lelaki tak? sebab iakan melambangkan sesuatu yang negatif bagi segelintir masyarakat. bagi orang barat ..... org yg begini adalah golongan homoseksual.....jadi macam mana? Boleh bagi respon sikit ke?? sebab pemakaian cap pada dahi yg disebut dalam wahyu macam ada kaitannya....betulkah.....gidong...lopak... God Bless U All!!
Haaii...., geng gidong jgn ckp mcm itu boih tida bagus itu...............!!! adakah ( Jesus Rock .) Emm...,yalah maksud saya penampian itu adalah berkenaan dgn isi hati seseorg itulah.....,apa yg lebih baik adalah Jesus ada dlm hati kita & lekapkan Yesus pd diri biar kita amat2 menyeganinya.
Jangan salah faham ya, maksud untuk ungkapan " JeSus is my Rock" adalah Yesus adalah batu penjuru kita, tempat perlindungan yg teguh tak tergoyahkan ! di modenkan sedikit untuk disesuaikan dengan generasi dan peredaran zaman... maksudnya bagus banget ... he he
Dan mengenai pendapat lopak penampilan itu berkenaan dengan hati ... hmmm ... mungkin tidak, sebab apa yg diluar belum tentu sama dengan yg didalam nya...
Ya betul, yg penting Yesus dihati kita selalu ..
God Bless Lopak... selalu berforum lah disini ya... See Ya n BABAI ..............
Bah..., gEoR....!! Bagi saya ada betulnya juga p'dpt ko itu, tapi ka-kadang kalau ditingok tempat kita skrg ni..., ada juga se-setgh kosai yg pakai anting2 ni kelihatan padan, tidak menampakkan kejanggalan malah mangkin kacak pulak...., (dr segi duniawilah). So, disini tidaklah saya mempersalahkan sesiapa tak bagoi pula....., Jadi pd pandangan saya seboleh2nya perangai kita itu diseiringkanlah dgn hati yg cukup2 aman damai. Christus Love. ((]
gEoR apa kelainannya ? bagi saya itu semua adalah fesyen dan aksesori tambahan, terpulang pada individu untuk memakai atau tidak benda-benda ni.. pada saya tidak ada salah dan benar dalam hal memakai anting2 ( lelaki ) saya pasti apabila kita dipengadilan nanti Tuhan tidak akan berkata " Anak Ku sewaktu dibumi engkau taat dan setia kepada Ku tetapi engkau tetap akan masuk ke siksaan kekal api neraka kerana engkau memakai anting2 " .... hahahha saya sangat PASTI itu bukan ukuran untuk menentukan iman kepercayaan seseorang. saya dulu pun sangat prejudis dengan dengan penampilan seperti ini tetapi apabila kita renungkan dengan betul2 lebih banyak orang yang berpakaian kemas lebih TERUK perangainya dibandingkan dengan yang berpenampilan selekeh. Sebab itu MAFIA pun memakai pakaian yang kelihatan paling ok kerana mereka tau manusia sering menilai dari luaran seseorang, oleh itu MAFIA mudah menipu dan memperalatkan pemahaman kita yang didasarkan pada pandangan luaran. So terpulang mau pakai ok juga dan tidak mau pakai pun ok. Itu fesyen masing2. Ini bukannya galakan untuk bergaya seperti itu cuma sebagai satu pengetahuan bersama agar tidak prejudis dengan penampilan seseorang.
so tidak semestinya anting2 ini menlambangkan sesuatu... itu disebabkan kita salah menafsirkan penampilan seseorang dengan apa yang kita fikirkan baik dan buruk tentang seseorang. Dan bagi yang berkaitan dengan lambang di Wahyu ( saya rasa anda maksudkan 666 ) ... anting2 tidak ada nombor pun... dan sejak dahulukala wanita sudah memakai anting2 dan ianya tdk langsung berkaitrapat dengan 666.
Erm.....bg saya lah kan,t'pulang pada org yg menilai sama ada tu baik ker tak baik..tapi tak semestinya pakai benda tu tak baik kan.....ada jugak baiknya cuma yg membuatkannya tak baik tu adalah sifat org tu yg salah nak tafsirkan.....betul tak..?erm..lagi kan mungkin da ada yg dah biasa pakai benda tu dr kecik lagi dah pakai benda tu mungkin kerana nak ikut adat nenek moyang kan......tu pun kemungkinan jugak......so..bg saya takde hal dlm perkara tu cuma kita perlu jaga penampilan kita,tingkalaku kita...dan yg terakhir sentiasa ingatkan tuhan ...tu membuat kita lebih yakin tentang apa yg kita lakukan......
Saya setuju dengan Jokiol, apa yang penting adalah cara hidup kita, bagaimana pembawaan tingkah laku kita sehari-hari, itulah yang menentukan sama ada kita BAIK atau BURUK, bukannya dari anting2 yg kita pakai..
AnTiNg2???Tidak semestinya memakai anting2 tue dosa..but..if you all wear yang melebih2, pastinya..iblis mempengaruhi anda semua.. maksudnnya labih dari satu.. terutamanya prempuan...lelaki juga begitu...buat apa lelaki pakai??kalau sekadar perhiasan tida apa tapie segelintirnya.. pakai sampai ada gaya2 nya.. contoh..buat breakdance,merokok,minum minuman keras..macam 2lagi..so..yg pakai tue mesti ada sebabnya melainkan,punca iblis dan setan...
hmmm, kenapa kaitkan anting2 dengan rokok, arak dan sebagainya. Dan breakdance tu apa salahnya, kan ianya salah satu aktiviti yg SIHAT daripada buat hal... hmm... kita tdk boleh begitu saja mengaitkan anting2 dgn rokok dan arak, sebab kebanyakan yg minum arak dan merokok hanya memakai neck tie, kot, macam baju pi pejabat tetapi tiada pun yg menegur dan memberi label yg pakai neck tie mesti berkaitan dengan arak dan rokok kan.. so itu tdk berkait langsung.... pakai anting2 melebih-lebih ,... ni lagi .... SO WHAT , tu org punya suka ... hhe he ..
Pelajar yang memakai anting-anting supaya receiver pendengaran telinganya luar biasa. Ia semacam TURBO bagi telinganya. Nah bagi orang kristian... ia adalah pendengar Firman Tuhan yang sangat baik. Lihatlah pemakai-pemakai tabahan TURBO kristian ndak payah hadir ke gereja. betul tak?
Memakai anting2 ni bukannya bermaksud untuk jadi TURBO oi .. tapi untuk saja saja, bergaya, kan itu terpulang pada anda untuk pakai atau tidak ... tak berkait langsung dengan mendengar firman Tuhan,.. apakah kalau ada anting2 lalu kita tdk boleh mendengar lagi ???
Memang tokoh2 dulu tak pakai anting2 pun boleh mencapai kejayaan... tapi apa kaitannya dengan fesyen ... ??? ...
tidak semua ibu bapa menerima budaya ini dalam masa mereka tertekan mendidik anak-anak mereka bersekolah tiba-tiba beranting-anting tanpa meminta izin ibu bapa mereka. seolah-olah mengejek ibu bapa.
kaitan Firman Tuhan miskipun bukan huruf anting-anting pada ayatnya... ialah anak itu tidak menghormati ibu bapanya yang masih dalam tanggungjawab ibu bapa.
bagi mereka yang sudah dewasa iaitu bebas dari tanggungjawab ibu-bapanya ialah terpulang pada dia untuk mewarna dirinya. kita harap caranya itu disokong oleh Firman Tuhan.
Ya saya sendiri tdk suka kalau PARA PELAJAR memakai anting2 sebab mereka masih terikat dengan PERATURAN SEKOLAH, so student don't do it ! Tapi kalau dah tak bersekolah, bukan pula juga digalakkan tapi kalau itu anda kira bergaya bagi diri anda TERPULANG ... itu HAK ANDA sendiri..
mahu bergaya dgn anting2, lalu memakai anting2 ? selepas bosan barulah tidak memakainya?....
saya fikir, tindakan menanggalkan anting2 yang dilakukan oleh sesetengah orang adalah disebabkan pernah ditegur oleh orang lain, ataupun di pandang serong (sbb memberikan imej yg kurang sesuai sbg kristen), tetapi rupa-rupanya, tindakan tanggalkan anting2 itu HANYA disebabkan oleh rasa BOSAN......
INGAT kawan2....JANGAN KETEPIKAN PANDANGAN ORANG LAIN DI SEKELILING KITA TENTANG APA YG KITA LAKUKAN....setiap satu-satu hal, ada sesuatu maksud di sebaliknya, tidak kira bagaimanapun tafsiran orang ramai terhadap hal itu...setiap tindakan kita akan memberikan kesan ke atas org lain....
kalau hanya kita seorang tinggal dalam dunia...TIDAK APA!!!!! BUATLAH SESUKA HATI...TAPI, HAKIKATNYA...KITA BUKAN SENDIRIAN....Dan 'mata-mata manusia' terarah kepada kita....
satu lagi...jANGAN TERLALU MENEKANKAN HAL INI " TUHAN YESUS HANYA MELIHAT HATI DAN BUKANNYA LUARAN"..
Of course lah, bahawa ukuran untuk seseorang itu masuk ke dalam kerajaan sorga bukanlah berdasarkan luaran, tetapi...jangan ketepikan kedudukan kita sebagai kristen, iaitu menjadi berkat bagi orang lain, sebab melalui diri dan LUARAN kita, orang lain juga boleh mendekati TUHAN....
Shalom omega ... hmmm Terima kasih atas pandangan anda terhadap hal ini ...
Memang setiap yang kita lakukan MEMBAWA KESAN terhadap orang2 di sekeliling kita, dan saya setuju bahawa hidup kita juga harus menjadi berkat orang lain ...
BUT inti dari topik ini adalah APAKAH dengan memakai anting2 KITA TIDAK LAYAK DIHADAPAN TUHAN, abaikan dahulu berkenaan dengan TUHAN melihat dari hati kita, dan APLIKASIKAN dahulu dari pandangan kita sendiri, APAKAH apabila melihat orang yang memakai anting2 kita TERSANDUNG dan LEMAH iman kita ??? ataupun apakah itu SEBENARNYA disebabkan oleh CITARASA kita yang memang rasa JANGGAL dengan fesyen tersebut ... APa yang pasti ini sebenarnya tidak berkaitan dengan kehidupan ROHANI kita namun segelintir dari kita sering mengambil sisi negetif dari hal-hal seperti ini sehinggakan ada sesetengah fesyen yang kita tidak sukai itu kita masukkan dalam hal yang "Harus mengambil kira orang lain" .... Masalahnya bukan semua yang tidak beranting2 itu membawa cara hidup yang membawa BERKAT dan menjadi SAKSI .. dan bagaimana sekiranya mereka ini (beranting2) kehidupan mereka lebih MEMBERKATI dan MENJADI SAKSI berbanding mereka yang tidak beranting2 ???
Perkara yang Omega sebutkan iaitu Kita harus boleh mengunakan gaya kita itu untuk membawa orang lain utk mendekati TUHAN ... saya ingin bertanya pada Omega .. APAKAH CARA TUHAN UNTUK MENJADIKAN HIDUP KITA SUPAYA ORANG LAIN DAPAT MENDEKATI TUHAN "TERBATAS" ... Bagaimana sekiranya ada MEREKA-MEREKA yang dapat mendekati TUHAN dengan cara lain cthnya BERGAYA DENGAN ANTING2, dimana apabila mereka melihat anak2 Tuhan yg memakai anting2, mereka merasa DITERIMA.. SAYA SANGAT YAKIN bahawa TUHAN memakai kita dengan CARA apa sekalipun, bahkan hal2 yang selama ini kita anggap GANJIL dan MUSTAHIL untuk dipakai bagi INJIL KRISTUS sebenarnya boleh TUHAN gunakan untuk menyampaikan mssg KRISTUS kepada DUNIA.....
Dan bagi kita yang sudah lahir baru.. saya ragu-ragu kalau hanya gara2 anting2 kita TERSANDUNG, dasar dan pemahaman apakah yang kita MILIKI sebagai orang PERCAYA kalau hanya disebabkan oleh anting2 kita tersandung ??? ini belum lagi melihat kepada org2 yg kita labelkan ALIM sebenarnya juga menjadi sandungan dalam hal yang lain ....... Perlu dijelaskan bahawa KEKRISTENAN bukanlah hal berganti kulit seperti ular, tetapi berbicara mengenai MENGANTI PRINSIP HIDUP kita yang tidak sesuai dengan FIRMAN TUHAN ...
hmmm panjang pula jadinya ni omega .. so saya sambung nex time see ya n GOD bless ya ..
majoriti beranting-anting adalah gay. budaya ini rancak diikuti walaupun mereka ini bukannya gay. tapi pengamal gay cukup berbangga dengan kemajuan kehidupan mereka mulai diterima.
anda adalah gay?... pertahankanlah anting-anting anda!
Untuk pengetahuan anda, topik ini diadakan untuk memberi pendapat dengan secara jujur TANPA dipengaruhi oleh KETIDAK senangan kita terhadap hal tersebut (Antin-anting).... Olah itu diharap netter dapat MEMBUANG dahulu rasa KEPREJUDISAN anda terhadap hal-hal seperti ini barulah memberikan PANDANGAN anda untuk semua, Ini bukan bertujuan mempertahankan hal ini seperti yang netter nyatakan TETAPI bermaksud "kalau anda mau memakainya SILAKAN, kalau anda tidak suka JANGAN PAKAI" kerana diluar sana masih banyak lagi jiwa-jiwa yang beranting2 perlu diselamatkan TANPA DIBATASI oleh ANTING-ANTING, maukah anda dan saya membiarkan jiwa-jiwa ini menuju keneraka tanpa kita memberitakan khabar keselamatan HANYA DISEBAB OLEH anting-anting mereka ??
anda katakan bahawa majoriti yg beranting-anting itu GAY ! i have to say, NO ! anting-anting menjadi salah satu dari aksesori fesyen yang paling popular masa kini, dan ANDA SENDIRI yang menjadikannya MASALAH sekiranya anda MEMBERI LABEL terhadap perkara dan fesyen yang sememangnya anda tidak suka. Lebih baik saja sekiranya kita mengatakan TIDAK SUKA terhadap satu2 hal yang sememangnya kita tidak suka daripada menjadikan hal itu sebagai satu isu yng berkaitan dengan kerohanian kita.
Bagi saya sendiri, TERPULANG kepada individu itu sendiri, sebab itu HAK anda sendiri untuk menentukan apa yang ingin anda pakai, kalau nak tahu kebanyakan worship LEADER terkenal didunia bermula dari hillsong, indon, vertical music, mereka memakai anting-anting sebab mereka FAHAM mengenai hal ini bukan dari persepsi PANDANGAN "kristen tdk boleh dgn ini"... Pun begitu yang terutama APAKAH YESUS sungguh-sungguh menjadi TELADAN dan menjadi number one dalam kehidupan kita seharian.
Kalau dalam mana hal, KITA HARUS LAKUKAN DENGAN IMAN termasuk bergaya dan fesyen ini... seperti firman Tuhan mengatakan
"IMAN adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala sesuatu yang tidak kita lihat" IBRANI 11 : 1 .
Lagi satu kita tidak SEHARUSNYA menjadikan apa yang orang lain pakai sebagai UKURAN dengan apa yang mereka miliki dari "dalam"
"TETAPI BERFIRMANLAH TUHAN KEPADA SAMUEL. JANGANLAH PANDANG PARASNYA ATAU PERAWAKAN YANG TINGGI, SEBAB AKU TELAH MENOLAKNYA. BUKAN YANG DILIHAT OLEH MANUSIA YANG DILIHAT ALLAH; MANUSIA MELIHAT APA YANG DIDEPAN MATA, TETAPI TUHAN MELIHAT HATI." 1 Samuel 16:7
Selanjut saya berharap saudara/i netter dapat merenungi ayat selanjutnya ini dan berdoa untuk meminta penjelasan dari TUHAN sendiri mengenai HAL (anting2) ini :
"SAUDARA SAUDARA-KU, SEBAGAI ORANG YANG BERIMAN KEPADA YESUS KRISTUS, TUHAN KITA YANG MULIA, JANGANLAH IMAN ITU KAMU AMALKAN DENGAN MEMANDANG MUKA. SEBAB JIKA ADA SEORANG MASUK KEDALAM KUMPULANMU DENGAN MEMAKAI CINCIN EMAS DAN PAKAIAN INDAH DAN DATANG JUGA SEORANG MISKIN KESITU DENGAN MEMAKAI PAKAIAN BURUK, KAMU MENGHORMATI ORANG YANG BERPAKAIAN INDAH ITU DAN BERKATA "SILAKAN TUAN DUDUK DITEMPAT YANG BAIK INI!, SEDANG KEPADA ORANG MISKIN ITU KAMU BERKATA "BERDIRILAH DISANA! ATAU : "DUDUKLAH DILANTAI INI DEKAT TUMPUAN KAKIKU!", BUKANKAH KAMU TELAH MEMBUAT PERBEDAAN DIDALAM HATIMU DAN BERTINDAK SEBAGAI HAKIM DENGAN PIKIRAN YANG JAHAT? yOKUBUS 2:1-4.
PAKAILAH ANTING-ANTING SALIB TUHAN MU... letaklah di telinga agar salib yang kamu ertikan berat itu jadi ringan... maaf kerana ini adalah fesyen bagi penganut kristian. tapi ia tetap MENGHUJAT!! tolong selamatkan jiwa manusia ini.
Saya tak pakai anting2 pun... but KITA TIDAK boleh menjadikan itu sebagai satu lambang lebih daripada satu FESYEN.
Anting2 simbol salib, kalau anda suka "go on", go free with your fashion ...
Dan kini saya dapat gambaran bahawa anda sebenarnya orang MUSLIM kan ? so selamat berpuasa, hari raya nanti jangan lupa jemput saya makan kuih kat rumah ko ...
betulkah itu gidog?.. maka itulah anting di telinga kanan lelaki isyaratnya ialah GAY!
RAMAI PSIKOLOG MEMBERI PENDAPAT MEREKA
paling ramai gay/lesbian ialah bangsa Eropah & AS. faham-fahamlah apa agama mereka kan? mereka baru saja mentahbiskan ketua agama dari kaum gay... jiwanya perlu diselamatkan.
ada perjuangan menghidupkan gay di TIMUR? pakailah anting-anting sebelah kanan telinga, terutama sekali lelaki. aaauuuhhh... HOMO! yang dikatakan bebas hak mereka dengan fesyen.
kalau bebas Forum ini haruslah bebas bercakap bukan? hehehe