Shalom Semua saudara seiman dalm kasih kristus disini dapatlah kita berkongsi pendapat dan pandangan melalui apa juga jenis pelayanan yang kita lakukan dalam gereja kita. sebut saja dlm pelayanan mesti ada takan, beginilah pelayanan kata diorang. jadi apakah tekanan dlm pelayan itu. selamat berinteraksi sesama kita tuhan memberkati anda semua amen.
Tekanan memang susa juga tu. Mana2 pun ada tekanan ba. Tapi kalau di church pelayanan, org2 yg terlibat dlm pelayan ler yg patut di tanya. Apa persepsi mereka.
Yehaaa!satu topik yang saya tunggu2 ......Rinkull dan Lopak nak tau daripada orang yang terlibat dalam pelayanankan...ni saya nak sharing ngan korang ni.....saya start melayani sejak dari ting 1 lagi tapi time tu hanya jadi back-up singers ja coz masih junior.sepanjang saya terlibat dalam pelayanan ni memang saya pernah juga tertekan....kadang2 tekanan itu adalah dari luar(guru2,kwn...ect) dan kadang2 juga dari kalangan kami juga....pernah sekali time kami nak buat konsert rohani,tak silap saya dalam tahun 2004.dalam konsert itu saya diberi tugas sebagai worship leader dengan seorang kawan.so dalam proses memilih puji-pujian tu kadangkala kami bercanggah pendapat,akan tetapi akhirnya sattle juga kerana satu point kami dalam pemilihan lagu2 pujian adalah agar jemaat enjoy serta diberkati melalui pujian yang kami bawa dalam konsert itu.(ops jan salah sangka ya,,,,bukan enjoy sebab suara saya sedap ...hehe).....So masa konsert tu...semua ahli team telah buat yang terbaik...pemuzik,dancers,singers dan kami(WL) telah bertungkus-lumus menjayakan konsert itu....memang enjoylah time konsert tapi selepas saja konsert itulah banyak sindiran,kritikan yang tak membina serta kutukan dari mereka yang dewasa rohanilah kononnya.Bukan nak melawanlah ataupun nak protes ....tetapi bagi saya kami dah all out dah...berdoa,berpuasa semata-mata untuk konsert itu.....
u all nak tau tak antara perkara yang buat saya kesal dan marah selapas konsert itu ialah pengharaman tarian moden dalam pelayanan geraja......Fuh! firsttime dengar memang marah giler tapi apa boleh buat.......kami terima dgn terbuka.....tapi itu bukan penghalangnya...buktinya tim modern dance kat greja kmi telah bergabung ngan b2j x-treme dancer dalam konsert tine konferensi 2004 baru2 ni.bukan itu saja kami juga talah bercadang ingin memantapkan lagi pelayanan ini dengan berlatih setiap minggu........
kesimpulannya,jangan jadikan tekanan/pencobaan itu sebagai penghalang tetapi sebagai pemangkin semangat kita sebagai pelayan Tuhan..........AMEN.
Shallom " Jay-D" saya cukup diberkari oleh pandangan anda itu tuhan memberkati kamu. Baik apayang saya kongsikan pada kita semua disini ada satu cerita "+ KESUKAAN TUHAN APA?+" Beberapa gereja sudah berpecah kerana cara pengandalian kebaktian ibadah. satu kumpulan mungkin memaksa agar mengikuti cara tradisi, semantara kumpulan yang lain pula mendesak supaya lebih mengikut bentuk semasa. Kita semua boleh mendapat manafaat daripada satu pelajaran yang diperoleh seorang lelaki dalam lawatan perniagaannya, setelah menghadiri satu kebaktian gereja dekat hotelnya. Dia telah berbual-bual dengan pastor gereja itu dan menceritakan bagaimana dia telah diberkati dengan khutbah, maskipun ada beberapa bahagian kebaktian ibadah itu tidak begitu sesuai dengan citarasanya. Lalu dengan mudah pastor itu bertanya, "Menurut anda, apakah yang tidak disukai oleh Tuhan?" Dengan sopan, lelaki itu menjawap, "Saya fikir tiada juga yang tidak disukai-Nya. Saya bercakap tentang tindak alas saya sendiri. Tetapi sebenarnya, ibadah itu bukan megenai saya." Kita berhak membuat pilihan sendiri, dan kita mesti berpegang teguh kepada keyakinan kita menurut Alkitab. Tetapi sebelum kita mengutarakan pendapat kita kita aysik mencari kesalahan, marilah berusaha mengerti sudut pandangan Tuhan. mari kita perhatikan Efesus 5 dalam konteks ibadah: Kita harus dikuasai oleh Roh Allah, berkata-kata kepada sesama dengan menggunakan Mazmur, nyanyian pujian-pujian, lagu-lagu Rohani, bersyukur kepada Tuhan, dan tunduk kepada satu sama lain ( ayat 19,21). Bagaimanapun cara pengandalian kebaktian ibadah, semasa kita mengungkapkan pujian kepada Tuhan atas peribadi-Nya dan segala yang telah dilakukan-Nya kita meninggikan Dia dan mendorong orang lain. Itulah kesukaan Tuhan. Amin " INTI KEBAKTIAN IBADAH ADALAH PENYEMBAHAN DARI HATI "
INTI KEBAKTIAN IBADAH ADALAH PENYEMBAHAN DARI HATI "
Elopz geng2 semuaaaa........ saya bersetuju ngan pendapat rinkullheheee....memang benar apa yang dikatakan bahawa kebanyakan gereja Tuhan kini berpecah - belah kerana ketidaksesuaian mereka terhadap protokol ibadah........masalah sekecil kuman ini telah menjadi besar dan parah sehingga menimbulkan perpecahan antara gereja Tuhan.......bagi saya hanya 2 sahaja penyelesaian bagi masalah ini iaitu keterbukaan dan kerendahan diri.
Tuhan juga berkata bahawa Dia mencari penyembah dan bukannya penyembahan,ini jelas membuktikan bahawa cara beribadah kita tidak menghalang persekutuan kita dengan Tuhan.Oleh itu tidak menjadi masalah jika kita mengubah cara beribadah mengikut kesesuaian kita.Ini kerana jemaat dalam sesebuah Gereja pasti terdiri daripada 3 generasi (dewasa/belia/kanak-kanak) dan pastinya memiliki perbezaan pandangan dalam sesuatu perkara seperti pengendalian ibadah,pujianpenyembahan,penyempaian firman Tuhan dan sebagainya.Dengan itu ,setiap individu haruslah merendahkan diri dan berfikiran terbuka dalam hal ini agar gereja Tuhan akan terus bangkit dan menjangkau jiwa-jiwa bagi kemuliaan Tuhan.Amen...God Bless